Langkau ke kandungan utama

Catatan

Candat Sotong di Trengganu sambil makang ikang

Ist time aku p Trengganu utk candat sotong...mula 24hb Mei & balik Penang 26hb....fuh! letih yo. Alhamdulillah,kami selamat p & balik...walaupun aku kena gout masa balik; tapi aku gagahi (walau isteriku leh bawa tp..kesian pompuan,bg can rehat & jd partner sembang spy aku tak ngantuk) bawa keta jg sb anakku dah balik awal sb kja. Kami bertolak dgn 2 keta dr TG j0800,anakku bawa 2j kut utk bg aku rehat...kroih2.. Sesampai di Marang,tempat kami tidor..> 1jam, kami"pung" berlabuhlah di tengah laut. Alhamdulillah laut tenang, xbergelora...risau gak sb kami tak dibekalkan dgn life jacket @ buoyancy aid (BA). Doa tak berhenti la...sebelum tu pun aku solat hajat di rumah rehat; meyakini pemeliharaan Allah SWT. Masing2 mula membaling & melepaskan candat ke dasar laut...dgn seribu harapan, sejuta tanda tanya..."camner bila kena makan umpan"; "bagaimana rupa sotong yg dicndat?", "dia tarik kuat,mcm ikan ka?" & mcm2 persoalan lg di be...

Emakku buta huruf

Ya, emakku seorang yang buta huruf. Dia tidak tahu membaca, menulis, malah tanda tangan juga tidak tahu - rumi atau jawi. Ayahku hanya boleh jawi sahaja. Emakku menyalahkan bapa tirinya yang tidak mahu menghantarnya ke sekolah pada tahun 50an, lantaran kononnya, wanita ketika itu jika pandaipun,tidak akan ke mana - ke ceruk dapur jua. Tukku (nenek)- sebelah emak, adalah seorang mualaf - asalnya Cina kaum Teo Chew. Dia amat menyayangi emakkku,tetapi dek kerana takut kepada tok wanku (datuk) yang dikatakan sangat garang, maka emakku hanya kerja di rumah, menolong tukku yang menjual nasi berlauk. Namun, kerana kesungguhannya ingin berjaya mendidik kami 9 beradik,ayah dan emakku berniaga makanan sejak sebelum aku dilahirkan hinggalah kini. Alhamdulillah, umur ayahku 77 tahun dan emakku 70 tahun..masih sihat secara umumnya (sakit sendi dsb, biasalah). Daripada 9 orang adik beradik (aku anak ke-4,seorang meninggal sewaktu kecil), 5 orang daripada kami dapat belajar hingga IPTA, dengan ijazah...

Kerana dua kupang

Ketika di sekolah rendah (tahun 1960an), cikgu kelas telah tanya siapa nak beli lencana Hari Pertabalan YD Pertuan Agong, aku salah seorang yg berminat membelinya - harga dua kupang (20 sen) je. Aku memang suka kumpulkan bahan-bahan spt ini - setem, syiling, lencana dsb. Bila balik ke rumah, beritaulah emak. Maka berleterlah mak aku semalaman. Maklumlah, adik beradik kami ramai (9 org) dan mak bapa aku kerja berniaga roda tiga (hawker) sahaja. Lagipun, kak aku dah beli di sekolahnya kelmarinnya. Jadi mak aku minta aku bawa lencana itu utk ditunjukkan kpd cikgu. Duit 2 kupang memang tak dapat..hanya duit poket sekupang (10 sen). Besoknya, bila cikgu panggil namaku, akupun beritahu lencana dah dibeli oleh kakakku. Maka sekali lagi aku kena leteran...aku tunduk malu, di depan rakan-rakan kelasku. Refleksi: Aku sedar keluargaku besar dan betapa susah bagi ayah & emakku menguruskan kewangan, dengan sumber yang sangat terhad ketika itu. Ini menjadi motivasi kpdku utk belajar sungguh-su...

Kenapa hitam putih?

Hidup ini penuh cabaran,dugaan, dan cubaan..spt kata Bujang Lapok - "cubaan...cubaan..", walaupun yg datang tu betul2, tp sebab tak sedar, mereka masih kata "cubaaan". Sejak kita sedar erti kehidupan, kita dilanda pelbagai cubaan, masalah dan cabaran. Kadang2 kita rasa gelisah, tension , rimas - kenapalah aku begini, begitu dan berbagai lg keluhan. Kita sangka kita saja yg bermasalah, kitalah yg teruk sekali....tp bila ditanya kwn2, adik beradik lain, rupanya SEMUA org ada masalah, cabaran, dugaan, halangan, sakit, dsb. Rasa2 negatif inilah saya katakan "HITAM". Kadang2 pula kita rasa sgt gembira,seronok,sukacita,bangga,kembang, syok, sedap, lega, puas, dan rasa2 lain yg positif. Kita rasa dunia ini "ana yg punya" (petikan Allahyarham P. Ramlee lg..). Kita rasa biar kita kekal selamanya dlm suasana ini. Rasa2 positif ini saya labelkan sbg "PUTIH". Maknanya, hidup kita penuh dengan rasa/emosi :seronok-sedih, suka-duka, bangga-kecewa, se...

Keputusan SPM 2008

Salam sejahtera semua, Keputusan kali ini nampaknya lagi hebat...best student dpt 21A (muslim) dan pelajar Cina 13A. Isy dahsyat ya..mcm mana dia study smpai dpt belas2 & puluh2 A. Zaman Pak Anjang paling kuat 11 subjek. B/manapun tahniah kpd yg berjaya dgn cemerlang dan bg yg kurang berjaya - "it's not the end of the day"-cuba cari jln lain utk : i) teruskan pengajian; (ii) sambung pengajian dlm bidang yg kita layak..Ada banyak peluang, kena cari-tanya guru2, kaunselor, kawan2, ibu bapa, jiran2 dll. Moga berjaya semua. Ikhtiar & usahalah. Jumpa lg http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/13/nation/20625314&sec=nation

Tahun baru Hijrah 1429

Ana k-anakku, Pejam celik2..dah masuk tahun baru. Ingatlah, Rasul pesan: hari ni seharusnya lebih baik dari semalam.Bermakna, tahun ini seharusnya lebih baik dari tahun lepas. apakah ini sebenarnya berlaku? cukup kuatkah azam kita untuk mengubah tingkahlaku kita yang tidak baik kepada yang baik; dan yg baik kepada LEBIH baik? tepuk dada, tanya iman.. Berfikirlah..renungilah..