Salam, Ini coretan2 kami kpd grup e-mel keluarga besarku (diedit sedikit): 1. Along: Salam,Alhamdulillah, sebentar tadi (29hb Mei)Pak Su Chot dah selamat diijabkabul dengan pilihan hati, Mak Su Intan..Tetapi, sayangnya saya pun tak dpt tengok.. Komitmen kerja..So, lepas ni turn saya pada 31/5/09 (Sabtu) di Masjid Jawi, Nibong Tebal..Tepat jam 1.oopm dah kena ada kat Masjid..Solat Zohor dulu, baru majlis Akad berlangsung..So, doakan kelancaran semua dari awal hingga ke akhirnya..Jzkk~ Wassalam.. 2. Aku: Adikku akad nikah di Masjid daerah dgn kehadiran 3 kereta keluarga. Alhamdulillah, sekali lafaz sahaja, selesai.Lepas tu, kami dijemput makan bersama Tuk Kadi & Tuk Imam di rumah mertua adik. 3. Aku: Alhamdulillah, kelmarin (31 Mei) lepas zohor, di Masjid Jawi, Along pula telah selamat diijab-qabulkan dgn SJAR , org Kg Cxx, Nibung Tebal, Seb. Perai Selatan. Alhamdulillah along lafaz sekali saja...walaupun dia gabra seharian..dgn berkat solat hajat, selesailah dgn baik. Ramai yg iring...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.