Alhamdulillah, kini tamatlah kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun 1429H/2008M. Perasaanku bercampur baur antara gembira & sedih. Banyak yg berlaku sepanjang Ramadhan kali ini: A. Gembira kerana : 1. dapat puasa penuh tahun ini - namun pastinya banyak lagi yang boleh diperbaiki & ditingkatkan. Kan iman kita turun & naik? InsyaAllah, kita sama2 berazam membuat penambaikkan pada tahun2 mendatang. 2. khatam Al-Qur'an Keluarga besarku (kami namakan KADI= K eluarga Hj A bdullah D an Hjh I shah), seramai 46 org terlibat dlm program ini, ada di Kedah, P. Pinang, Lumut, Lembah Kelang & washington, Amerika Syarikat (USA). Program ini dicadangkan oleh Kak iparku. Tahun ini kali kedua kami buat sebegini. Tahun lepas, aku susun jadual/bahagian bacaan. Tahun ini, anak sulung & anak ke-3 aku yg susun, war-warkan & membuat follow-up . Tahun lepas,kami guna handphone, melalui speaker - utk contact anakku yg ke-5 di Bandung, Indonesia semasa memba...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.