Salam, Aku menceburi Seni Bela/Mempertahankan Diri (SBD/SMD) Taekwondo semasa aku bertugas di Sabah negeri di bawah bayu. Aku belajar kira2 tahun 1986~87...setelah aku cuba cari/tubuhkan Silat Gayung (PSSGM) cawangan Sabah tidak berjaya. Tidak ramai yg aku dengar, ada sorang di Sandakan, & sorang di Tawau, juga kawan aku. Kedua2nya bengkung merah. Mungkin rasa susah, sebab jauh sgt antara satu dgn lain.(ya lah jauh nya antara 4jam-10 jam perjalanan kereta), wallahua'lam. Ketika itu aku lihat, & teliti jurulatih TKD di daerah Ranau itu berperibadi baik, tidak sombong dan begitu rendah diri. Lagipun, kelabnya begitu aktif sekali, ada 4-5 kelab di daerah itu. Sebaik saja aku berjumpanya & menyatakan hasrat ingin "join", apa lg, dia terus mengalu-alukan aku, malah membuat kunjungan hormat ke rumahku (dalam kuarters guru). Setelah berkenalan dan bercerita sikit ttg TKD di Sabah, maka aku diterima dgn mengisi borang & membayar yuran keahlian. Examiner ketika it...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.