Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 4, 2008

Emakku buta huruf

Ya, emakku seorang yang buta huruf. Dia tidak tahu membaca, menulis, malah tanda tangan juga tidak tahu - rumi atau jawi. Ayahku hanya boleh jawi sahaja. Emakku menyalahkan bapa tirinya yang tidak mahu menghantarnya ke sekolah pada tahun 50an, lantaran kononnya, wanita ketika itu jika pandaipun,tidak akan ke mana - ke ceruk dapur jua. Tukku (nenek)- sebelah emak, adalah seorang mualaf - asalnya Cina kaum Teo Chew. Dia amat menyayangi emakkku,tetapi dek kerana takut kepada tok wanku (datuk) yang dikatakan sangat garang, maka emakku hanya kerja di rumah, menolong tukku yang menjual nasi berlauk. Namun, kerana kesungguhannya ingin berjaya mendidik kami 9 beradik,ayah dan emakku berniaga makanan sejak sebelum aku dilahirkan hinggalah kini. Alhamdulillah, umur ayahku 77 tahun dan emakku 70 tahun..masih sihat secara umumnya (sakit sendi dsb, biasalah). Daripada 9 orang adik beradik (aku anak ke-4,seorang meninggal sewaktu kecil), 5 orang daripada kami dapat belajar hingga IPTA, dengan ijazah...