Salam, Tanggal 16 Oktober 2010 jam 10.46 pagi, aku menerima satu sms. Sms ini dari Dr. Abd. Hamid Mat Sain, pakar O&G di Columbia-Asia Hospital, Seremban, rakan sekelasku di SMSPP 1976-77, Tingkatan 4 Biru & 5 Biru (kelas terbaik la masa tu..hu3). Sms berbunyi (tanpa edit bahasa/ejaan): "Innalillah.. ab idros, president alumni smspp alspen meninggal dunia 3 pg tadi dgombak, janazah akn dkebumikn lepas zohor. Tlg sebarkn. Salam.". Terkejut aku, " ih ya ka? tak taupun dia sakit", getus hatiku. Aku call Dr Hamid utk confirm, barulah dimaklumkan beliau kena barah buah pinggang (kidney cancer), masyaAllah. Macam mana kita semua tak tahupun? Memang dia tak bagitau sapapun, mungkin keluarga dia sahaja. Malah semasa 2-3 kali mesyuarat ALSPEN, dia tak cerita apapun. Lepas 2-3 kali mesyuarat tu, baru aku ada dengar dia tak sihat. Terkilan aku tak tanya lebih lanjut sakit apa, ingatkan demam pening sahaja. Ah, inilah sikap sambil lewa kita manusia, astaghfirull...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.