Salam semua, Alhamdulillah, aku dan isteri dapat melawat/bercuti ke Beijing Disember lepas-6hari 5mlm. Kami pergi dgn TM Tours & Travels , KL. Di Beijing, kami dibawa oleh seorang Cina Muslim & fasih bertutur bahasa Melayu dr Syarikat Islamic China Tours (ICT). Kedua2 syarikat ini memberikan layanan yg baik, & memuaskan. Tahniah & terima kasih daun keladi. Perasaan2: 1. Seronok - sebab: i) pertama kali sampai ke sana; ii) ketika musim sejuk, pertama kali jg aku memegang salji di tanganku & memijaknya dgn kakiku. Cuma tak rasa turun di muka saja lagi... hu3. Suhu pd siangnya 5-6 darjah Celcius & mlmnya (-4 oC). Bila kena angin...masyaALlah, bbbrrrrr sampai sum3 tulang sejuknya. iii) dlm kumpulan 33 org - dpt kenal mengenal antara satu sama lain. Macam2 kerjaya & ramai jg anak2 mereka yg masih belajar, semua ahli rombongan mesra & baik2 belaka ; iv) aktiviti padat - siang berjalan,melawat & shopping (8 pg - 8 mlm); mlm pulang & rehat; v) makan 2x ...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.