Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 10, 2009

HARI GURU 2009

Salam semua, Ya, hari ini hari utk aku & rakan2 seprofesionku rayakan...sebagai cikgu selama hampir 25 tahun, aku rasa teruja setiap kali Hari Guru dirayakan - sama ada peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah, Institut, sekolah atau sekadar dengar/lihat /baca di TV/radio/akhbar/majalah/laman sesawang/blogs. Tema tahun ini : "Guru Pembina Negara Bangsa". Huraian tema ini dapat dirujuk dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Ucapan Menteri Pelajaran dan juga Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Tema-tema tahun-tahun kebelakangan dapat dilihat di blog ini (dan blog/laman web lain juga)- http://blog.azhad.com/2009/05/tema-hari-guru.html Pagi tadi, di TV1 disiarkan secara langsung Hari Guru peringkat Kebangsaan di taman Tamadun Islam di Trengganu. Akhbar - aku nampak UM shj ada sisipan khas utk Hari Guru - TITIAN. Banyak juga maklumat di situ. Aku juga menerima banyak sms ucapan hari guru - sama ada bekas peserta kursus yang aku jadi fasi, guru pelatih, raka