Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 14, 2013

Fatih Seferagic - Hafiz muda Bosnia berpotensi tinggi

Salam semua, Alhamdulillah, pagi ni saya terlintas dalam FB seorang rakan tentang satu video seorang qari dan al-hafiz muda, Fatih Seferagic. Fatih Seferagic - Surah Al-Qiyamah Saya terpegun dengan bacaannya - fasih (bukan keturunan Arab), bersuara sedap dan merdu, dan ada lenggok qari dan imam Syeikh Misyari.  Tersentuh hati mendengarnya.. .masyaAllah. Beliau seorang pemuda ( 18 tahun?) berasal dari Bosnia, yang dilahirkan di Germany. Berpindah ke USA pada umur 4 tahun. Mula tinggal di Baltimore selama 7 tahun di mana beliau tamat kursus hafazan di Islamic Society Baltimore (ISB), di bawah tunjuk ajar  Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.   Beliau berpindah ke Dallas selama 10 bulan untuk belajar bahasa Arab klasik di  Bayyinah's Dream.   Kini beliau tinggal di Houston, Texas, sebagai seorang pelajar dan juga guru Qur'an.    Fatih juga adalah Ketua Pemuda Masjid Syeikh Yasir Birjas di Dallas, Texas. Dari FBnya, bacaan Al-Qur'annya dipengaruhi Syeikh  Mishary