Salam semua, Seminggu dua ni aku agak sibuk membuat persediaan ceramah2 ke sekolah2 sekitar daerah tempat aku nih. Maklumlah, guru2 kena habiskan 7x kursus setahun, dgn 4x dianjurkan oleh sekolah & selebihnya oleh JPN / PPD/ IPG. 19.7.2008 - SMKG, di selatan Kedah...utk guru & staf sokongan. Tajuk: Pembinaan Pasukan dlm Organisasi Sekolah. 2 jam - spt biasa aku jlnkan secara selang seli - input,aktiviti & refleksi. 2 games aku kendalikan - meriah,seronok,gumbira hati mereka..akupun tumpang syok. Mmg mereka sporting habis...malah Pengetuanya turut serta dlm aktiviti yg dianjurkan, ah..ni kali pertama aku ceramah Pengetua ikut dr awal hingga habis, dah tu libatkan sekali dlm aktiviti! Habis ceramah, dijamu pula mkn nasi & lauk pauk yg sedap2 (majoriti tempat di Kedah,mmg sedap2 masakan mereka,alhamdulillah). Ada guru sedekah pula durian,manggis & rambutan...bawa balik pulak tu,isy3..layanan depa 1st class! Lagipun rupanya Pengetuanya rakan sekursus aku semasa belajar ...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.