Langkau ke kandungan utama

Candat Sotong di Trengganu sambil makang ikang

Ist time aku p Trengganu utk candat sotong...mula 24hb Mei & balik Penang 26hb....fuh! letih yo. Alhamdulillah,kami selamat p & balik...walaupun aku kena gout masa balik; tapi aku gagahi (walau isteriku leh bawa tp..kesian pompuan,bg can rehat & jd partner sembang spy aku tak ngantuk) bawa keta jg sb anakku dah balik awal sb kja.

Kami bertolak dgn 2 keta dr TG j0800,anakku bawa 2j kut utk bg aku rehat...kroih2.. Sesampai di Marang,tempat kami tidor..><>1jam, kami"pung" berlabuhlah di tengah laut. Alhamdulillah laut tenang, xbergelora...risau gak sb kami tak dibekalkan dgn life jacket @ buoyancy aid (BA). Doa tak berhenti la...sebelum tu pun aku solat hajat di rumah rehat; meyakini pemeliharaan Allah SWT. Masing2 mula membaling & melepaskan candat ke dasar laut...dgn seribu harapan, sejuta tanda tanya..."camner bila kena makan umpan"; "bagaimana rupa sotong yg dicndat?", "dia tarik kuat,mcm ikan ka?" & mcm2 persoalan lg di benak masing2.

Aku pula tak tau nak ikat candat yg aku dpt free drp adik iparku.So, aku buat member dgn tekong (tekong lesen kelas satu wo..) & dia ajaq aku ikat & sambung tali candat. Yg syoknya (bg yg tak dak pengalaman),candat ni tak payah umpan....ikat kat tali ngail (elok yg besaq sikit),tauk je ke laut...tunggu,sambil tarik pelang-pelang; let say 4-5 saat sekali...mcm tarik wau. Bezanya tarik wau dari atas ke bawah; candat- tarik dr bawah ke atas..he3.

Tak sampai 10 minit..."dah dapat3!" jerit anak2 aku,anak2 abg adik iparku & adikku. 1st time kami tengok, sotong fresh...masing mengeliat2 lagi,melentok2, warna putih cerah & kemerahan..panjang lengan. Riuh! seronok...mula rasa thrill & excited! Pastu selang 5-10 minit lagi, menjerit lagi...kali ni aku nampak sotong tu pancut2 air ke muka & badang yg mendapatnya...adik aku. wow! lagi thrill! Adik ipar aku dpt pula! Ank2 aku pula dpt lepas tu...satu demi satu. Along, Asmaa', Adah, & Hasan semua dpt habuan masing2. Adik aku sorang lagi pun dapat! Kami mula mengira2...bikin rekod sapa banyak.

Jam 830mlm,adikku Kimah & pompuan2 lain mula sibuk masak. Sotong goreng kunyit & ikan masak kicap. Aku dikejutkan utk makan...tertelap sat. Dgn lafaz Bismillah & dgn perut agak lapar..dari 4 ptg,tak makan apa, akupun pulunlah habis sepinggan.

Lepas 1 jam,..2jam..3jam..4 jam..(antara selang tu aku & adikku Rahman selang seli baring kat bilik rehat dlm bot tu...he3...ramai org jeles..sori no,letih); ><10mlm...mataku semakin kuyu, badan letih-lenguh,hatiku terasa mula boring...ye la,org semua dpt...aku corang saja...huuu3. Tiba2..opocot!..ada tarikan; tapi lembut je...tak mcm ikan,kuat. Aku tarik tangsi tu naik pelan2,karau kata org Utara...terasa berat sikit. "Betul ke ni..."bisik hatiku. Adik2 & anak2ku juga suspense."Abah dpt ka?" Aku jwb"tak tau la...ada ke takdak",selamba..tak mengharap sgt.Takut2 jadi macam 2-3-4jam lepas, taliku tersangkut candat member2 & adikku berkali2....sampai naik boring. Dah tu tersimpul 2-3kali...jenuh dok lerai & buka rosotan tu.

"ye2 - alhamdulillah" katanya antara dengar & tidak. Ada sekor sotong hidup2,mengodek2 siripnya..cantik,berkilat..di candatku (candat adik iparku sebenarnya-dia bawa 5-6 spool, taliku dah aku simpan sb geram tak dpt2...). Gempita sekejap bot tu..disebabkan aku dapat sotong yg PERTAMA...org terakhir (ada sorang lg tak dptlangsung,tp dia minta jgn bgtau...so,kami senyap2 jelah...cover) dlm bot tu yg dapat. "Ada lg ka pasni?"tanya hatiku, selepas aku baling sekali lagi candat tu.

Lepas 1-2jam...harapan yg penuh tadi,mula menyusut...mata dah kabur, badan dah lemah longlai...akupun terlelaplah di tepii bot tu dgn candat terikat di ibu jari kakiku. Anakku bg la sehelai tikar lapik2 perbaringanku...

Sedar2 jam5pg, aku tarik taliku pelan2...rasa ringan je...mmmm,putus sudah harapanku...kosong,candat je. Demikian lah, aku tanya member tekong ada dapat 5 kilo, ada 18 ekor; adik iparku rekod 10 ekor, ankku Hasan 8 ekor...lain2 6,5,4,3...aaakuuu jer SEKOG! hu3...alahai. Member2 punya gelak besag la..bila sembang2 lepas naik ke darat...itulah nasibku...pengalaman pertama mencandat di Trengganu.

Ooo ya, mlm tu kami pakat2 masak..lauk sotong la,apa lagi! kami agak2 ada la 15 kilo semuanya, sekali dgn ikan2-mcm2 jenis ikang- Timah,Mata besag,kunyit,kacang2 dsb.Aku pulun ikang saja..sotong ambik la 1-2 potong,lepas gian,teringin & takut terkilan. Sebab...goutku masih ada (dok sengal2 & sakit sikit2...).

Demikiang lah..pengalamangku mencandat sotong sambil makang ikang...buat pertama kalinya. InsyaAllah, kami sepakat: leh maghi lagi tahung depang!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...