Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September 20, 2009

Perginya Ramadhan 1430H-2009M dengan syahdu..

Salam semua,

1. Dengan syahdunya, Ramadhan 1430 Hijriyah/2009 Masihi meninggalkan kita... Kali ini aku rasa masa berlalu begitu cepat sekali, tup2 dah habis Ramadhan, datang pula Syawal...bulan perayaan, bulan kemenangan (ye ke menang?) setelah mengekang hawa nafsu sebulan: nafsu makan-minum yang serakah, nafsu kejantinaan yang tidak kunjung puas, nafsu kata2 yang sukar dikawal, nafsu pendengaran yang sentiasa nak sedap, nafsu lintasan2 hati yang durjana dan segala yang dilarang ketika berpuasa-menahan diri - diajar & dilatih oleh agama Islam agar kita manusia mengawalnya. Jika kita berjaya mengawal semua ini, dalam sebulan, dari fajar hingga maghrib, barulah kita dianggap menang. Jadi menangkah kita? Tepuk dada,tanya iman!

2. Biar kita sama2 renung sama ada kita berjaya dengan menilai diri dari senarai semak (check list) di bawah, yang aku kutip dari buku Al-marhum Abul A'la al-Maududi, ulamak terkemuka-pemimpin/pengasas Jamaat Islami, Pakistan "Fundamentals of Islam (198…