Langkau ke kandungan utama

CALIPH BUSKERS

Entah kenapa aku meminati kumpulan busking ( makna di sini :  http://www.thefreedictionary.com/busking) ini pertama kali aku dengar sewaktu rakan-rakanku menjemput mereka membuat persembahan di P. Pinang. Baru aku tahu mereka terdiri dari sekumpulan mereka yang istimewa (Orang Kurang Upaya/OKU), dengan masalah penglihatan.  Dengan keistimewaan inilah membuat aku lebih prihatin dan minat dengan mereka...masyaAllah, jiwa seni mereka menyentuh jiwa-jiwa manusia lain.

Latar belakang kumpulan:
http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/siapa-caliph-buskers-1.53064


Mereka kemudiannya lebih menonjol ketika mereka menggantikan vokalis Mojo membawa lagu Romancita ketika Anugerah Juara Lagu (AJL#29) pada Januari 2015. Kebanyakan media sosial & akhbar menuji kehebatan mereka. Itu yang menjadikan aku lebih mengenali mereka.  Contoh berita di sini: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ajl29-caliph-buskers-tawan-hati-penonton-1.351896






Pada Januari 2016, mereka mendapat tempat ketiga dalam AJL#30, dengan membawalagu baru ciptaan Edry KRU ketika itu. Lagu penuh syahdu dan meremang bulu roma ku ketika mendengarnya.


Liriklagu ini memeang menyentuk emosi dan ternguiang-ngiang selepas mendengarnya. Cuba baca dan hayati:
 




Hanya namaMu ku puji ku sanjung Di lafaz pertama suara azan fajar Langkah kananku seperti dilindung Andainya tersandung rebahku bersujud Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung Adakalanya linang air mata Tertumpah ke pipi menerima takdir Namun imanku tidak akan runtuh Ku ambil ikhtiar berdiri semula Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung Di akhir perjalanan ini Yang mencari petunjukmu Ku doa agar kehadiran disambut Semoga namaku terdiri Di antara yang terpilih Menjadi tetamu di tamanMu nanti Setiap masa tak pernah ku lupa Sinar yang kau beri dalam hidup ini Bila tibanya nyawaku di dunia Kau panggil kembali dengan nafas akhir Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung Di akhir perjalanan ini Yang mencari petunjukmu Ku doa agar kehadiran disambut Semoga namaku terdiri Di antara yang terpilih Menjadi tetamu di tamanMu nanti Menjadi tetamu di tamanMu nanti

 ***

Pendapatan mereka agak lumayan, dengan RM600K setahun, dengan 5-6 orang ahli kumpulan. Dicongak, seorang dapat ~RM100K setahun, kurang lebih RM8K sebulan....hmmm kalau kerja kerajaan sudah Gred 48 kanan atau Gred 52. Hebat tu...insyaAllah agak lumayan hidup di KL, walau tidak mewah sangat.
Berita di sini:
http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/05/02/theyre-not-singing-for-a-song-caliph-buskers-earned-rm600000-for-performances-last-year/


Tahun 2017:

Azmi, vokalis utama kumpulan ini bakal mengeluarkan album solo beliau & dia menafikan akan keluar dari kumpulan. Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm


Refleksi:
1. OKU/istimewa bukan alasan untuk tidak berjaya walau bidang apa sekalipun.

2. Ramai akan bantu jika kita berusaha dan ikhlas untuk maju.
3. Rezeki Allah SWT ada di mana-mana, DUIT = doa, usaha, istiqamah & tawakkal, insyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...