Salam, Aku menjejaki kaki ke menara gading buat pertama kali pada pertengahan tahun 1979 (?), di negeri kelahiranku sendiri, Pulau Pinang. Alhamdulillah, selepas Malaysian Certification of Education (MCE), aku dan kira-kira 100 orang lagi pelajar asal SMSPP dan juga beberapa orang dari SMS Kedah & juga SMS Perlis, dipanggil untuk mengikuti program Matrikulasi Sains USM. Kami "batch" kedua. Program ini setaraf HSC/STPM tetapi lebih menjurus ke arah pengajian kursus-kursus di USM. Matrik Peringkat 1 diadakan di sekolah dan Matrik peringkat II dibuat di kampus induknya di Minden, Penang. Selepas tamat matrik II, saya diterima ke kursus Sains dengan Pendidikan, major Biologi & minor Pengajian Islam. Tahun 1 aku kecundang 2-3 paper,maklumlah, tak pandai study macam "siswa". Namun, aku ambil paper yang gagal itu semula pada cuti panjang semester itu juga, untuk cuba membaiki nilai kredit terkumpul (CGPA). Bila dah Tahun 3 & 4, beberapa gred A mula kel...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.