Langkau ke kandungan utama

Keputusan SPM 2008

Salam sejahtera semua,

Keputusan kali ini nampaknya lagi hebat...best student dpt 21A (muslim) dan pelajar Cina 13A. Isy dahsyat ya..mcm mana dia study smpai dpt belas2 & puluh2 A. Zaman Pak Anjang paling kuat 11 subjek.

B/manapun tahniah kpd yg berjaya dgn cemerlang dan bg yg kurang berjaya - "it's not the end of the day"-cuba cari jln lain utk : i) teruskan pengajian; (ii) sambung pengajian dlm bidang yg kita layak..Ada banyak peluang, kena cari-tanya guru2, kaunselor, kawan2, ibu bapa, jiran2 dll.

Moga berjaya semua. Ikhtiar & usahalah.
Jumpa lg
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/13/nation/20625314&sec=nation

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam,
Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi >< gelen="~30liter?">Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini.
Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengu…

Ramadhan datang lagi...ahlan wa sahlan

Assalamu 'alaikum semua,

Alhamdulillah ketemu lagi kita di bulan mulia, bulan penuh keberkatan - Ramadhan Kareem - Ramadhan al-Mubarak - pada tahun ini, 1434H/2013M. Masih panjang umur...nikmat kehidupan...hidup yang ada hitam & putihnya (tema blog ini kan? he3 :)


2. Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya.  Diisi dengan amalan soleh - solat wajib 5 waktu + solat-solat sunat (Tarawih-Witir-Dhuha-dan lain-lain), zikuLlah sepanjang saat, tilawah/tadabbur Al-Quran secara tartil (khatam 30 juzuk,insyaAllah), banyakkan sadaqah, ... dihentikan semua yang berdosa/mungkar - berkaitan anggota badan atau lisan atau hati - semua sekali,insyaAllah.



3. Selamat menunaikan ibadah puasa & segala amalan soleh lainnya & meninggalkan amalan dosa & mungkar. Kurangkanlah bincang-bincang pasal baju Raya, kuih Raya, juadah Raya, aktiviti Raya & shopping Raya sakan dan 1001 iklan media ataupun iklan lisan kita sendiri. Saban tahun dah kita asyik dok tum…

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu (siri 1)

Salam semua,

Sebaik sahaja aku tamat pengajian di USM, P. Pinang., sekitar Mei 1984, aku dan isteri mendapat surat posting/penempatan pertama ke Sabah, negeri di bawah bayu (Kenapa gelaran ini? akupun kurang pasti...ada kaitan dengan pelancongan aku rasa, dulu iklannya "Land Below the Wind"). Mak mertuaku bising2 tak bagi pergi, "ntah hutan mana kena pi satgi", katanya. Berbeza dengan ibuku, dia kata "Pi lah Mae oi, ulat dalam batupun boleh hidup..", dia bagi semangat lagi. Aku dan isteri pasrah, walaupun agak risau sebab akan membawa 2 orang anak kecilku - Umar al-Mukhtar ("Umar Otai" -disebut namanya kecil2 dulu) dan Muhammad (Ramadhan) -"Mat Adon"- katanya kecik2 dulu,he3).

Aku cuba juga buat surat rayuan (ambil hati mak mertua) minta penempatan di Semenanjung, khususnya sebelah Utara. Kami pergi jumpa sendiri pegawai berkenaan di Kementerian Pendidikan masa tu.  Namun dia kata tak boleh tukar, malah dia tawarkan lagi tiket2 kapal te…