Salam semua, Aduuhh..& alhamdulillah, saya baru habis kursus PTK Sabtu lepas - seminggu yo! Malam pertama, taklimat. Pastu 3 hari pertama, pagi-ptg - ceraaamah...je! Ngantuk? ..memang la...boring tak tau nak habaq. Dah le kena pakai blazer, tali leher...masa kerja kita tak pakai blazer hari2 pun. Ceramah tu, ada juga yg syok, tapi..2 tajuk saya rasa boring & cara ceramahnya pun mem"boring"kan. Petang2 & malam2, sibuk sediakan "public speaking" ...jenuh jg saya melayari net utk mencari bahan2nya. Pastu kena mesyuarat (2 kali) dan sedia persembahan kumpulan. Kemudian persembahan Powerpoint individu (B. Melayu...nasiiib,kalau tak jenuh syosyeh2 pulak). Siang hari ke-4, public speaking. Siang hari ke-5, persembahan powerpoint. Siang hari ke-6, persembahan kumpulan. Siang hari ke-7, Ujian Akhir Kursus (UAK) 2 setengah jam - 4 soalan esei.....huh, kematu jari menulis tak renti2. Tension, stress... Patutlah saya dengar ramai kawan2 lain yg jatuh pengsan,...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.