Alhamdulilah, anakku yg ke-3 (perempuan), baru saja grad dari Universiti Malaya (UM) pd 7hb Ogos yg lalu. Dia merupakan anak pertama kami, yang dapat Ijazah Sarjana Muda melalui konvo kali ini. Dia fresh graduate , tak pernah kerja secara rasmi - tak rasmi tu, adalah dia tolong2 bapa saudaranya di kedai alat tulis. Sehingga kini dia hanya dpt tawaran kerja sementara di sebuah NGO, mula lapor diri selepas Raya Aidil Fitri nanti. Lepas tu, tak tahu lagi ke mana & bila dia akan dapat kerja tetap. Didoakan agar dia dapat kerjaya yg sesuai dgn minat & bidangnya, dalam suasana persaingan yg semakin hebat. Juga kerjaya yg membolehkan dia terus bekerja membangunkan Islam dalam masyarakat sebagaimana yang dia mahu & menjadi azamnya. Kami,ibu bapa hanya berdoa & membantu sekadar yg boleh memenuhi hajatnya itu. Anak sulung kami (lelaki) dulu dpt Diploma ICT dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR); kerja setahun & sambung belajar -insyaAllah dengar Konvo bagi Ijazahnya ...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.