Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 30, 2008

2 ANAKKU DAH BERTUNANG..

Assalamu'alaikum, Ya..2 org anakku, yg sulung (Along) & yg kedua (Angah) telah bertunang. Along bertunang pd Hari Raya kedua Aidilfitri yg lalu. Angah melangsungkan majlis pertunangannya pd 16 Nov 2008 (Ahad) yg lalu. Along di Jawi, Seb Perai Selatan. Kami bawa 9 dulang masa majlis Along- Sirih junjung, Kek, Bahulu, Buah, Tuala, baju sepasang, coklat,gula, & cincin. Gubahan dibuat oleh Mak Cik Ina & Alang/Asmaa'. Rombongan Along t erdiri drp 4 kereta - Us. Soid (tekong) Mak Tuk, Tuk Wan, Mak Ngah, Pak Cik Ali, Pak Lang Sabri, Pak Su, Mak Teh, Mak Caq, Pak Su Ded, Aku & isteri, Angah, & Ateh. Majlis Along ni mudah sebab tuan rumah kenal & malu alah tekong kami, lagipun anak2 dah bincang awal2....alhamdulillah. S ementara Angah pula di Pasir Salak, Teluk Intan, Perak. Kami bawa 7 dulang hantaran . Hantaran Angah terdiri drp: 1. Tepak sirih 2. cincin 3. bahulu ikan sepasang 4. buah2an 5. tuala bertekat "Selamat Bertunang" 6. coklat 7. ...

Anak sulungku konvo dan kerja di syarikat Cina

Salam semua, Alhamdulillah, anak sulungku tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dlm bidang ICT, dr salah satu IPT swasta tempatan pd 22hb Nov 2008 yg lalu, sehari sebelum aku & isteri bertolak ke Solo, utk lawatan belajar ke Pondok Moden Gontor Darussalam, di Ponorogo (sering aku silap sebut Ponegoro, ditegur banyak kali oleh isteriku....yalahh, aku teringat "Diponegoro"-tokoh pejuang Jogjakarta yg terkenal itu..ngak salah kan?) http://indahnesia.com/indonesia/HIB00/the_causes_of_the_java_war.php 2. Agak sukar jalan hidupnya sebelum ini...maklumlah anak sulung...kami ibu bapanya baru belajar2 mendidik anak & mmg aku akui kami bnyak 'bereksperimen" dgnnya. Maksud aku, mula2 mendidik anak pertama selalunya, kita tak tahu banyak kaedah2 betul & jalan yg terbaik utk menjadikan dia berjaya. Sekoleh rendah dulu rasanya aku tak hantarnya ke tusyen, harap sekolah aje. Sekolah menengahnya 2 tempat - yg pertama tinggal di asrama - kena buli, aku pergi selesai sendir...