Salam semua, 4hb Julai lepas, aku dijemput untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan sebuah sekolah rendah di kampungku. Alhamdulillah, jemputan ramai, penuh kantin - yang dijadikan dewan untuk majlis ini. Kasihan, telah hampir 40 tahun kami sekeluarga yang pernah berniaga di situ selama 4 tahun, keadaannya masih sama seperti dulu - tiada Dewan Besar untuk acara rasmi sekolah. Salah siapa? - Guru Besar (GB) tak mintakah, atau PIBG yang tiada inisiatif atau PPD dan JPN yang kurang ambil kisah sekolah di luar bandar? Hari tu, kebetulan kakiku bengkak disebabkan gout. Aku jalan capek-capek. dalam hatiku tergetus: "Tak pa ka sakit-sakitpun datang nak rasmi juga? Tak dak orang lain ka?" Lantas aku telefon Guru Besar(GB)nya dahulu pagi tu. Katanya " Tak pa Hj, kita-kita je, bukan ada orang lain." Lagipun itu kali pertama aku dijemput ke sekolah itu sebagai perasmi, dalam kampungku pula. Akupun pernah jadi AJK PIBG kurang lebih sepuluh tahun lalu...se...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.