Ahad, November 22, 2009

Aku Alumni SMSPP atau SMSTSSS

Salam semua,

Selepas aku tamat pengajian di Sekolah Rendah Hashim Awang, Kepala Batas, aku & ramai kawan2 aku mendaftar diri lah di sekolah yang serba baru...Januari 1973, Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang (sekarang dah ditukar nama SMS Tun Syed Sheh Shahabuddin, SMSTSSS) Bukit Mertajam. Rasanya nama dulu sedap & mudah disebut lagi (maaf, ini pandangan/rasa hati aku..) Masa tu sekolah ini belum siap lagi...kami pergi daftar di SMK Kampung Baru.  asrama kami di SRJK Tamil, Kampung Baru.  Sebab tu kami digelar masa tu "anak2 Hindu"...tak pa kami terima sbb mmg betul kami tumpang tinggal di asrama mereka.Aku dah pergi melawat ke sekolah ini tahun lepas, dan dah diduduki kembali oleh yg empunyanya kini.

Kami belajar setahun di SMKKB, depa kata kami "anak tiri"..ye la. Mcm2 masalah & peristiwa berlaku kat situ. Aku rasa agak susah nak sesuaikan diri di situ masa itu, mKLUMLh dok besa di kampung, dgn mak ayah & adik beradik...tiba2 aku rasa sunyi & mcm ditinggalkan oleh keluarga masa itu. Ayah aku mai la 2-3 minggu sekali.  Emak aku boleh kata tak mai langsung sbb sibuk dgn adik2 aku yg lain. 

Aku ingat lg, adik bongsu aku dilahirkan pada tahun ini.  Satu hari, ayah aku mai senyum2 bawa "roti"( biskut bahasa bakunya) 4 segi & buah limau..dia kata "hang dpt adik lagi Mae oi" .
Aku pun senyum juga "jantan ka pompuan?"
Jawab ayah ringkas, "Jantan".
"Jenuh buaih (nakal)  lagi ayah no?" balasku.
"hu...mcm hangpa la...Tapi tak pa la, hang dah dok asrama la ni, kami jaga la yg lain2..Nanti hang balik, boleh la tolong jaga adik baru ni ..bg mak hang rehat sikit."
"ya la ayah, nanti cuti saya tolong2 mak"

Begitulah antara yg aku ingat. Bila dah dok jauh, rasa kesian kat ayah mak pula, tapiiii bila dok rumah/kampung, cari kawan2 lama balik, kadang2 tu "khalid"/lalai juga dibuatnya. Tapi aku ingat aku kurang la buaih sikit bila dah dok asrama. Dah rasa tanggungjawab sikit & rasa rindu masa di sekolah tu, dibalas dgn banyak menolong mak & ayah masa cuti sekolah.

Dalam peperiksaan Penggal Satu tahn tu, aku dpt nombor 1 seluruh Tingkatan. Aku di Tingkatan 1 Hijau, campur lelaki & perempuan. Riuh lah satu sekolah & kampung aku (besa la..ayah & mak aku akan jaja nama aku di kedai kopi atau masa dok meniaga laksa dgn roda tiga ) kata aku top student. Huh! punyalah malu aku...Tapi bila mai Penggal 2, habis kawan2 aku potong aku, terutama Kelas 1 Orange (semua lelaki), yg digeruni kawan2 masa tu..(sebab pandai & buaih..ha3). Aku dapat nombor belasan je, kalau tak salah.

Aku juga mula pandai solat & mula minat Al-Quran masa tu. Dulu mak ayah suruh mengaji, tapi ponteng2. Suruh solat, aku ikut2 je, tak faham sangat pun.Bila dah kena solat jemaah 5 kali sehari 7 baca Yaasin tiap minggu, baru aku kalut. Kami dikerah oleh Ustaz Muhammad Hussin (baru keluar maktab perguruan masa tu, muda & cenge (garang) - la ni beliau jadi MP Pasir Putih). Hasil didikan beliau lah ramai dari kami yang jadi "manusia", kalau dibiarkan, huh entah apa nak jadi. Tu la...antara sebab aku jadi cikgu juga...nak didik manusia jadi manusia (yg Allah SWT redha).

Anyway, itu secebis kenangan..kita jumpa lagi di lain masa.

Refleksi: lu fikirlah sendiri... (ha3 saja ubah stail sikit)

Jumaat, September 25, 2009

Perginya Ramadhan 1430H-2009M dengan syahdu..

Salam semua,

1. Dengan syahdunya, Ramadhan 1430 Hijriyah/2009 Masihi meninggalkan kita... Kali ini aku rasa masa berlalu begitu cepat sekali, tup2 dah habis Ramadhan, datang pula Syawal...bulan perayaan, bulan kemenangan (ye ke menang?) setelah mengekang hawa nafsu sebulan: nafsu makan-minum yang serakah, nafsu kejantinaan yang tidak kunjung puas, nafsu kata2 yang sukar dikawal, nafsu pendengaran yang sentiasa nak sedap, nafsu lintasan2 hati yang durjana dan segala yang dilarang ketika berpuasa-menahan diri - diajar & dilatih oleh agama Islam agar kita manusia mengawalnya. Jika kita berjaya mengawal semua ini, dalam sebulan, dari fajar hingga maghrib, barulah kita dianggap menang. Jadi menangkah kita? Tepuk dada,tanya iman!

2. Biar kita sama2 renung sama ada kita berjaya dengan menilai diri dari senarai semak (check list) di bawah, yang aku kutip dari buku Al-marhum Abul A'la al-Maududi, ulamak terkemuka-pemimpin/pengasas Jamaat Islami, Pakistan "Fundamentals of Islam (1980)":

i) Aim of servitude of God - adakah amalan puasa kita jadi 'ibadat - menyerah diri/memperhambakan diri hanyasanya kepada Allah SWT? Rujuk Al-Qur'an: 51:56).

ii) Ibadat - training of servitude - adakah puasa jadi sebahagian latihan ibadat yang lain seperti solat, haji, zakat - untuk melatih diri ke arah ibadat yang lebih besar, lebih menyeluruh, yakni ibadat "full-time"?

iii) Fasting is a hidden ibadat - ibadat2 khusus lain nampak dengan mata kasar, tapi puasa tak nampak secara zahir, ia rahsia antara hamba dan Khaliq-Yang Maha Pengetahui sahaja tahu sama ada hambaNya itu puasa sebenar atau tidak. Jika kepada Allah Yang Maha Mengetahui pun si hamba boleh tipu/tidak amanah/tidak berintegriti, apatah lagi sesama manusia?

iv) Fasting - sign of Strength of iman - manusia sanggup atau tidak menahan lapar dan dahaga ketika panas terik, sanggup jaga dari larangan2 lain yang membatalkan puasa di siang hari, berterusan selama sebulan- ditambah amalan lain seperti bacaan al-Qur'an, zikir, selawat, solat Tarawih, qiyamulail, sedekah dll - semua susah payah ini HANYA mengharapkan keredhaan Allah, rasa takwa kepada Allah, rasa inginkan ganjaran syurga & mohon dijauhkan azab neraka. Amalan ini tak boleh ada ragu2 sedikitpun, 100% yakin bahawa Allah SWT suka amalan ini dan DIA redha dengan ketaatan kita.

v) One month continuous training - inilah latihan ibadat yang bersifat intensif, sebulan terus menerus, dengan larangan2 yang biasanya harus kita buat - sama ada kita mampu atau tidak. Yakin bahawa Allah SWT Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar segala yang kita buat, secara zahir atau batin/rahsia/sembunyi - ujian keyakinan/keimanan yang intensif. Allah akan dedahkan segala di Hari Akhirat, Allah akan balas yang baik dengan pahala-ganjaran & yang jahat dengan dosa-siksaan. Rujuk al-Qur'an-2:183.

vi) Long practice of obedience - ibadat solat latihan beberapa minit selama 5 kali sehari; zakat hanya sekali setahun; haji sekali seumur hidup (jika mampu) - tetapi puasa sebulan berterusan, setiap tahun. Penuh dengan disiplin - sahur, iftar/buka ada masa2nya; solat tarawih setiap malam, tilawah Al_Quran tiap hari dan sebagainya...semua latihan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kesannya diharap berpanjangan seterusnya 11 bulan lagi. Jika makin lemah, makin susut semangat ibadatnya, maka kita ulang lagi tahun depan, dan begitulah seterusnya.

vii) Favourable collective environment for training - kita dapat rasa semangat jemaah semasa puasa. Semua muslim seluruh dunia - bangun sahur sama2, puasa di siang hari sama2, iftar/berbuka sama2 bila azan Maghrib, solat tarawih sama2 di masjid/surau, baca/tadarrus Al-Quran sama2, bersedekah dan segala amalan kebaikan kita dapat lihat, dengar & rasa seluruh muslim buat sama2...tidakkah ini memberi kekuatan tambahan kepada kita? Kita rasa seronok, gembira, bersemangat bila kita buat sama2 - benarlah kata2 JEMAAH ITU BERKAT! Suasana yang merangsang kita bertakwa, taat kepada Allah SWT - jauhi larangnNya.

Jadi, dari 7 poin ini, sama2 kita renung, fikir2kan - adakah ini semua berkesan kepada kita kini & akan datang? Adakah kita semakin kuat beribadat dalam erti kata secara menyeluruh?
Moga kita sama2 renung & berwaspada agar sebulan latihan ini tidak rugi, tidak sia2..jangan kerana sebulan latihan ini akan hancur dalam sehari HAri Raya; apatah lagi sebulan Syawal dipenuhi noda & dosa pula, barang dijauhkan Allah!

Hendaknya jadilah kita HAMBA ALLAH yang lebih taat dari masa ke masa. AAmin.

Rabu, Ogos 19, 2009

Aku alumni KBPS @ Sekolah Kebangsaan Hashim Awang


Salam semua,

1. Aku pernah belajar di Kepala Batas Primary School (KBPS) atau kemudiannya dinamakan Sekolah Rendah Hashim Awang (SRHA) dan Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA-lihat sini), sehingga kini namanya sebegitu; bermula Standard 1 hingga Standard 6. Kawan2 aku pernah upload gambarfoto Standard 1 dan Standard 5. Malangnya aku sendiripun tak kenai diri aku masa Standard 1...ha3, aparaah!

* aku tayangkan gambar masa darjah 5 tu...(no. 8 berdiri belakang dari kanan) - diapit Ishak Abd. Rahman - kini Pengarah Bekalan Air Ipoh & Azman Lazim - kini di KL, banker?). Masa tu semua cute2 kan? he3...

2. Seingat aku, guru2 kelas aku masa tu ialah (kalau lupa atau salah eja, maaf no...sapa2 tolong betulkan ya...sila komen):

Std 1 - Mdm. Philomena Gomez

Std 2 - tak ingat

Std 3 - tak ingat

Std 4 - Mr Tan Aik Meng (?)

Std 5 - Mr Ong Theng Chai

Std 6 - Mr Ong Theng Chai (?)

Guru2 besar pula - mula2 Tuan Hj. A.K. Merican, lepas tu Mr. S. Theyaga Rajah dan kemudian Mr. Khalid Mehta @ Abdullah. Senior Assistant mula2 Mr Phun (anaknya James Phun - kawan baik aku dulu...mana dia la ni, anybody knows?); lepas tu Mr. Ismail (anaknya Roslia...sama kelas dulu, mana dia?).

3. Aku jadi best student masa peperiksaan Darjah 5 (Std 5 Assessment)...masa tu aku dapat 4A...riuhlah sekampung & seantero sekolah. Mr. Ong yang masuk kelas umumkan...aku masih ingat. Maklumlah masa tu aku kecik je badan & tak lah menonjol sangat. Dengan sebab tulah aku dilantik jadi prefect masa Std 6. Shukor Mahmud (sekarang seorang tokoh usahawan di Temerloh) jadi Head Prefect & Azimah Abd. Wahab (di mana dia?) jadi Assistant Head Prefect.

4. Dari sini jugalah nama aku duduk nombor wahid dalam senarai SRHA ke Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang (SMSPP), sekarang dinamakan SMS Tun Syed Syeh Shahabuddin (SMSTSSS - klik sini).

5. Banyak kenangan di sini: bawa 2 kupang ke sekolah & kena stay-back sebab ada kokurikulum (bayangkan...kena bertahaq (tahan lapar) la..); pertama kali tengok wayang di panggung Kepala Batas (City Theater?); aktif - jadi Patrol Leader, dalam Anak Serigala (Boys' Cub) & Pengakap; jual nasi lemak & kena marah guru sebab kantin komplen; dipilih ke pasukan koir tapi kena tendang lepas tu sebab suara out; tidak dipilih lari 50m sebab kalah dgn Che Elias; habis semua buku fiksyen siri Enid Blyton & Hardy Boys aku baca; dan macam2 lagi kenangan mengusik jiwa...

Rabu, Julai 08, 2009

PETUA KECEMERLANGAN ANAK


Salam semua,

4hb Julai lepas, aku dijemput untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan sebuah sekolah rendah di kampungku. Alhamdulillah, jemputan ramai, penuh kantin - yang dijadikan dewan untuk majlis ini. Kasihan, telah hampir 40 tahun kami sekeluarga yang pernah berniaga di situ selama 4 tahun, keadaannya masih sama seperti dulu - tiada Dewan Besar untuk acara rasmi sekolah. Salah siapa? - Guru Besar (GB) tak mintakah, atau PIBG yang tiada inisiatif atau PPD dan JPN yang kurang ambil kisah sekolah di luar bandar?

Hari tu, kebetulan kakiku bengkak disebabkan gout. Aku jalan capek-capek. dalam hatiku tergetus: "Tak pa ka sakit-sakitpun datang nak rasmi juga? Tak dak orang lain ka?" Lantas aku telefon Guru Besar(GB)nya dahulu pagi tu.
Katanya " Tak pa Hj, kita-kita je, bukan ada orang lain." Lagipun itu kali pertama aku dijemput ke sekolah itu sebagai perasmi, dalam kampungku pula. Akupun pernah jadi AJK PIBG kurang lebih sepuluh tahun lalu...selama tempoh 2 tahun.

Aku silap timing, sampai terlewat 10 minit...ya kakiku sakit, jalan pelan-pelan (perlahan)(macam kata iklan radio dulu tentang kawan Aiman); bawa keretapun pelan juga, sebab kaki kanan yang bengkak tu, penekan pedal minyak. Alahai! Namun, bila sampai saja di pagar, aku lihat GB dan YDP serta AJK PIBG dah menunggu & terdapat 2 barisan murid-murid dengan kompang. "Alamak, ramainya...". Sebaik saja sampai, aku disambut mereka & dibawa melalui barisan kompang. Aduh, seram sejuk aku dibuatnya suasana sebegini.

Setelah ucapan GB & YDP PIBG, maka giliran aku beri sedikit ucapan (perkongsian tip-tip kecemerlangan anak-anak, kata GB) & seterusnya merasmikan majlis tersebut. Di antara tip yang aku ketengahkan ialah:

1. Anak-anak cemerlang disebabkan peranan 3 pihak utama: a) ibu bapa b) guru c) anak sendiri. Semua pihak perlu saling bekerjasama demi kejayaan generasi akan datang.

2. Konsep cemerlang dan soleh. Anak-anak mesti dididik agar cemerlang dalam semua aspek - akademik, kokurikulum & sahsiah/akhlak/perangai. Aku quote kata-kata YDP PIBG sebelum itu: " Anak2 mesti baik dalam akademik & baik juga dalam perangainya". Kita tidak mahu anak2 yang pandai tapi tidak tahu hormat ibu bapa, guru-guru & orang2 tua; anak2 yang dapat 5A tapi tak jaga solat 5 waktu sehari; tak tahu baca Al-Qur'an dan tiada disiplin diri. Mereka mungkin nampak berjaya di dunia tapi di Akhirat mereka kecundang. Jagalah anak2 agar jadi "anak yang soleh", supaya mereka dapat doakan kita bila kita mati nanti - satu daripada 3 perkara yang dapat melindungi kita di Akhirat kelak, selain "ilmu yang dipergunakan orang" dan "sedekah jariah". (menurut Hadis Nabi).

3. Tumpuan dalam kelas sangat penting. Tusyen tidak perlu jika P&P (pengajaran & pembelajaran) di kelas berkesan. Ini peranan guru-guru & seterusnya dipantau oleh para ibu bapa. Buat semua latihan yang diberikan guru. Bersedia dengan pelajaran akan daatng.

4. Ulangkaji selalu & buat kumpulan perbincangan (study group) dalam kalangan jiran-jiran atau kawan2 baik anak2 kita. Hujung2 minggu boleh dianjurkan & para ibu bapa dapat sediakn sedikit minuman ringan sebagai motivasi kepada mereka.

5. Learning by Doing. Kanak2 dapat merangkak kerana dilatih merangkak. Kanak2 pandai berjalan kerana diajar berjalan secara bertatih. Jadi, nak bagi pandai membaca- bacalah selalu. Nak pandai menulis - banyakkan latihan menulis. Nak bolehkan anak2 mengira, banyakkanlah latihan mengira. Suruh, tanya, ajak sama-sama berlatih di mana saja. Contohnya, nampak kereta, minta mereka kira hasiltambah nombor plat kereta; hasiltolak & juga pendaraban.

6. Motivasi & ganjaran. Ibu bapa dan guru perlu beri motivasi berterusan kepada anak2 dan murid2. Aku cerita bagaimana anak ke-6 aku dulu mendapat nombor 23 daripada 39 murid. Kemudiannya mendapat tempat ke-3 setelah aku mencabarnya & menjanjikannya basikal. Tetapi ini bukan generalisasi. Ada anak/murid yang sekadar nasihat sekali,terus menjadi. Ada murid/anak yang memang lewat perkembangannya (late beginners). Jadi, sesuaikanlah motivasi/ganjaran kita dengan personaliti murid/anak kita.


7. Doa dan zikir. Para waris perlu melatih anak2 dgn amalan sentiasa berdoa & berzikir sehari-harian. Begitu juga membaca Al-Quran di rumah. Ibu bapa sebagai contoh teladan. Bapa boleh jadi imam sewaktu solat Maghrib & Isyak. Lepas solat jemaah, zikir,doa', dan kemudian beri sedikit tazkirah - ingatkan tentang tuntutan agama, akhlak & harapan2 ibu bapa kepada mereka. Baca Al-Quran & latih hafaz, sekurang2nya ayat2 lazim (Surah Ad-Dhuha ke bawah),semasa tempoh antara waktu Maghrib ke Isyak. Ibu2 juga biasakan membaca Bismillah & selawat 3x dan ditiup ke minuman/makanan anak2 & suami; beserta doa2 yang baik2 - doa selamat, terang hati, murah rezeki & keberkatan.

Tip2 ini aku serapkan juga cerita2 lama semasa aku dibesarkan (ibu bapa aku memang dikenali semua hadirin- ibuku buta huruf - rujuk posting awal aku, & ayahku boleh jawi sahaja) dan juga bagaimana cabaran aku membesarkan 7 orang anak2ku. Jadi, kata-kataku bukanlah teori sahaja, tetapi turut serta dengan pengalaman praktikal sekali.

Moga ada manfaatnya kepada mereka yang mendengar. Lagipun aku lihat ramai hadirin adalah ibubapa2 yang masih muda, sekitar 30an...perjalanan yang jauh lagi. Sama2lah kita berkongsi ilmu & pengalaman. Sesungguhnya generasi dahulu (ibu bapa kita) telah makan garam dulu, dan kita pula hidup dalam zaman yang berbeza, jadi pandai2lah integrate & sinergize semua ini untuk panduan kita di masa depan. Namun, panduan utama kita masih tetap sama : Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dulu, kini, hingga Hari Kiamat.


Nota: Gambar dari handset aku- GB sedang memberikan ucapan beliau.

Isnin, Jun 15, 2009

Majlis Walimatul-'urus anak-anak kami kali pertama

Alhamdulillah, tanggal yang berdebar-debar 13hb Jun 2009 - kenduri kami berjalan dgn baik. Mulai dari jam 11.30 pg orang dah mula mai...sampai jam 6 petang lebih masih ada org..tp sayang jam 6 ptg caterer dah kemaskan semua makanan. Tinggal laksa & tek tarik sahaja yg kami buat...2-3 org akhir tu, terpaksa makan apa yg ada. Ada 2 orang mai rumah mak-ayah aku di belakang dewan tu lepas jam 6.30ptg...sembang-sembang sampai Maghrib.

Pastu kami kemas2 barang, bahagi2kan bunga telur kat adik beradik & jiran2 yg banyak bantu buat bunga telur (2,000 biji) & beg hadiah (1,300 buah) 1-2 hari sebelum ni., bahagi2kan makanan yg tak habis...buka hadiah2 & kami rehat >< jam 1pg. Waduuh, sakit sungguh tapak kaki dan betis kaki....cekang & tegang, sebab berdiri & berjalan seharian.
Ramai kawan2 datang dari KL, Kelantan, Perlis,Perak & Kedah..selain sekitar PP & SP. Aku amat terharu dgn kawan2 jauh2 yg datang susah payah,habis wang ringgit, masa & tenaga just for the sake of visiting a friend's childrens' wedding. Aku mungkin tak ingat dan sukar menyenaraikan semua kawan dan saudara mara yg datang...tapi aku amat menyanjungi keikhlasan mereka menerima jemputan kami. Terimakasih banyak...

Jemputan mula dibuat sebulan lalu, takut2 tak sempat cuti sekolah - ada yang dijemput melalui kad, ada dengan sms sahaja, ada telefon, melalui wakil dan secara lisan sahaja. Namun, aku akui ada ramai lagi yang kami tak sempat jemput dan aku kesal sebab terlepas, dan memang tak sempat. Antaranya 1-2 staf tempat aku kerja (padahal, aku dah tanda ikut senarai rasmi...masya-Allah), bekas-bekas guru aku (ni yang aku ralat sekali), sebahagian orang kampung dan rakan-rakan sekolah aku yang juniors & seniors. Inilah yang mak-ayah aku dah pesan & selalu peringatkan. Bab jemputan inilah yang paling teruk dan selalu slack dalam kenduri. Hari aku kenduri tu, ada 3 lagi kenduri - 1 kenduri tak ramai datang, 2 lagi tak cukup makanan. Kami, alhamdulillah cukup & ada lebih sedikit untuk dibawa pulang oleh adik beradik & jiran2. Inilah yang aku risau sebelum kenduri...sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah & Penyayang.
Aku minta maaf juga kat kawan2 sebab tak dan pergi round2 (ronda) jumpa kawan2 semasa makan tu...masa tu ramai sungguh yg mai. Mak ayah & adik beradik aku minta aku jangan pi mana2, kecuali solat zohor di masjid sat. Sembang2 kena sikit2 je, lepas tu kena layan orang lain pula. Malah, semasa pengantin2 datangpun, aku minta kak, adik dan anak aku je tengok2kan rombongan pengantin. Aku sambut masa mula2 datang, lepas tu aku jenguk2 dari jauh saja. Tetamu datang paling sibuk masa tu. Maaf sungguh kepada rombongan kedua2 belah pihak.
Kedua2 pengantin mai jam 3 petang lebih sikit, dengan diiringi kompang & bunga manggar, & disambut silat sembah. Mereka terus ke jamuan makan pengantin bersama rombongan kedua2 besan. Seterusnya persembahan Nasyid MRSM K. Batas (diiringi Ust. Mursyid), pukulan kompang & lagu; persembahan Taekwondo (diketuai Ustaz Mansor Manni) & Silat Pusaka Gayung (diketuai Pak Su & Cikgu Hilmi). Dato' Abd. Majid Mat Isa, Gurulatih Utama PSSPGM juga turut hadir ketika itu, menyaksikan persembahan tu hingga tamat.Cikgu Rusli Hashim, Pengerusi Cawangan Sg. Ara & Cikgu Fauzi Che Embi jg turut hadir.
Orang ramai datang tak berhenti, sehinggalah jam 5.30-6.00ptg...baaru berkurangan. Alhamdulillah, doa & solat hajat kami dimakbulkan Allah SWT. Hanya Allah yang tahu betapa risau kami dgn kenduri pertama kali ini. Seronok juga kerana dapat 2 orang menantu, bimbang pun ada - org datang ke tidak, makanan cukup ke tidak, sedap ke tidak, sempat ke nak melayan semua tetamu yg jauh & dekat...dan sebagainya.

Satu hal yg aku belajar, bertanyalah kepada yg tahu, yang berpengalaman,..alhamdulillah emak ayah aku dah buat kenduri 9 orang anak & 2 orang cucu di rumah mereka, jadi mereka banyak berkongsi dengan kami. Mesyuarat dgn ahli2 keluarga besar 2x, & keluarga kecil aku 3x. Kami sekeluarga juga membuat mesyuarat post-mortem petang keesokannya selepas kenduri & cadangan2 itu akan kami ambil kira dalam kenduri2 akan datang, insyaAllah. Adalah 2-3 benda yang kami tak puas hati, tetapi secara keseluruhannya, kenduri kami berjalan lancar & selamat..itu juga komen2 mak ayah & adik beradikku, ALHAMDULILLAH.
Jadi, di sini aku ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih & setinggi2 penghargaan kpd semua adik beradik, kawan2, anak muridku, & jiran2 yang hadir; juga yang tak hadir tetapi turut mendoakan kami. Hanya Allah SWT sahaja yg membalas jasa, doa & ingatan tuan2 & puan2. Maaflah jika ada kekurangan, atau keterlanjuran sepanjang anda semua di sana. Terima kasih daun keladi...
Moga Allah SWT berkati kedua-dua pengantin & berbahagia hingga akhir hayat...Jadikan Islam sebagai panduan hidup, rujuklah ulamak2 dan keluarga jika ada sebarang kemusykilan & masalah. Moga berjaya dunia & akhirat, aamiin.



Selasa, Jun 09, 2009

Musim kahwin

Salam,
Ini coretan2 kami kpd grup e-mel keluarga besarku (diedit sedikit):

1. Along: Salam,Alhamdulillah, sebentar tadi (29hb Mei)Pak Su Chot dah selamat diijabkabul dengan pilihan hati, Mak Su Intan..Tetapi, sayangnya saya pun tak dpt tengok.. Komitmen kerja..So, lepas ni turn saya pada 31/5/09 (Sabtu) di Masjid Jawi, Nibong Tebal..Tepat jam 1.oopm dah kena ada kat Masjid..Solat Zohor dulu, baru majlis Akad berlangsung..So, doakan kelancaran semua dari awal hingga ke akhirnya..Jzkk~ Wassalam..

2. Aku: Adikku akad nikah di Masjid daerah dgn kehadiran 3 kereta keluarga. Alhamdulillah, sekali lafaz sahaja, selesai.Lepas tu, kami dijemput makan bersama Tuk Kadi & Tuk Imam di rumah mertua adik.

3. Aku: Alhamdulillah, kelmarin (31 Mei) lepas zohor, di Masjid Jawi, Along pula telah selamat diijab-qabulkan dgn SJAR , org Kg Cxx, Nibung Tebal, Seb. Perai Selatan. Alhamdulillah along lafaz sekali saja...walaupun dia gabra seharian..dgn berkat solat hajat, selesailah dgn baik. Ramai yg iring..7 kereta! - Kami, Pak Lang, Pak Andak,Pak Cik, Pak Su, Pak su Ded, & Naimah. Lepas nikah, kami dijemput makan tengahari di rumah besan kami - wuii..teliuq lg - gulai ikan sembilang! Ulam & sambai belacan, masak lemak rebung (Pak Anjang tmbah 2x...syyy, dok lawan Pak Andak (2x) & Pak Su (3x!..semangat pengantin baru...).Yg tak nampak tak tau la...Pak cik, Pak Lang, Mak Teh (entah2 4x) dll...Lepas makan, keluarga KL - Mak Ngah,Mak Teh, Naimah, Sarah & Fariza terus balik...depa smpai jam 10 mlm (Mak Ngah sms...). Malam tu Along & Kak Long datang mesyuarat ringkas keluarga kami di Mengkuang..tentang tempat tinggal seterusnya dll. kami juga perturun la sikit2 ilmu rumahtangga kat Along, Kak Long (title baru) & Angah. Jam 11 mlam depa baliklah ke Nibong Tebal... Kami sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih & setinggi2 penghargaan di atas susah payah adik beradik jauh & dekat datang beramai2 menyokong & membantu program kami kali ini. Memang kita semua sibuk cuti sekolah ni...yg kerja2, yg kena kenduri banyak...Begitu jg yg jauh2 sekadar sms, e-mel & doa kpd kami. Tima kacih daun keladi...Mengenai cadangan abang ttg buku tu..saya sokong 100%. It's time we keep our experiences in documentation. If not, semua kenangan kita hilang begitu sja..cucu cicit tak tau ttg sejarah susah payah, penat jerih tok wan & tok memulakan keluarga kita yg besar, kemudian membesarkan anak cucu (sampai laa ni cucu dok menyusu tok lg...syyy) & berjuang memajukan keluarga sampai ke tahap ini. Masa depan nanti pastinya cabarannya berbeza bentuk & kepelbagaiaannya.

4. Aku: Kenduri di Pasir Salak ok, best!
ayam golek 2 ekor..2 hidangan, akhirnya tergolek diserang Pak Cik, Pak Teh & geng; aku, & Mak Ngah serta konco2...ikan bawal besaq pun tinggai tulang & kepala jer...huh lahap betoi la, puak2 nih. Sayang Ateh, Pit, Pak Long & geng tak dak, jika tidak pastinya tulang2pun habis...he3. Jam 4 ptg kami berangkat pulang, smpai jam 7mlm...letih, jam highway lg...cuaca sini sgt panas kini...huh3, jenuh kipas & air cond.. j8.30mlm, lepas solat Maghrib jemaah, buat mesy KADI pula utk kenduri Pak Su & Pak Anjang Jam 1.30 tgh tadi lepas zohor, 4 kereta p hantar Along kenduri di Cxx, N. Tebal. Lps amik gambar, makan besar (lagi...), fotografi lg...balik jam 4ptg. Keja...keja...kemas...kemas...angkut,2 angkat2, masak2....Maghrib. Mlm ni tadi lps Isyak, majlis baca Yaasin & tahlil oleh jemaah masjid...ramai gak, termasuk adik berdik 50-60 org . Gulai ikan ploktan, sambal & ulam, ikan goreng, pisang..air sirap, teh,kopi...liciin yo.(Sori noo...yg jauh2 tu..tak leh pos). PA Syst & kemah baaru jg dipasang...kami balik j12 tgh mlm..esok kenduri 1 hari, mlm ada ceramah ustaz Wan, Sg. Petani.. Doakan semua ok... (cekang betih ooo)Lintas langsung dr TG...

5. Kini, tinggal kenduri kami tak lama lagi...13hb Jun, aku menunggu & sibuk membuat persiapan terakhir dengan penuh debaran & harapan serta doa agar segala2nya berjalan lancar & diberkati Allah SWT. Semoga semua jemputan datang, makan & berpuashati dgn layanan kami nanti. Pembaca2 blog , silalah...jika banyak sama2 kita jamah & jika tak cukup, sama2 kita cicah jer...(betui ka ayat aku nih?..he3)
Sila oo sila...

Andak (petikan): "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'matMU yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan KEBAJIKAN yang Engkau Redhoi; dan masukkanlah aku dengan RAHMATMU ke dalam golongan hamba-hambaMU yang soleh..." ~an-Naml:27:19~

Jumaat, Mei 15, 2009

HARI GURU 2009

Salam semua,

Ya, hari ini hari utk aku & rakan2 seprofesionku rayakan...sebagai cikgu selama hampir 25 tahun, aku rasa teruja setiap kali Hari Guru dirayakan - sama ada peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah, Institut, sekolah atau sekadar dengar/lihat /baca di TV/radio/akhbar/majalah/laman sesawang/blogs.

Tema tahun ini : "Guru Pembina Negara Bangsa". Huraian tema ini dapat dirujuk dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Ucapan Menteri Pelajaran dan juga Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).
Tema-tema tahun-tahun kebelakangan dapat dilihat di blog ini (dan blog/laman web lain juga)- http://blog.azhad.com/2009/05/tema-hari-guru.html

Pagi tadi, di TV1 disiarkan secara langsung Hari Guru peringkat Kebangsaan di taman Tamadun Islam di Trengganu. Akhbar - aku nampak UM shj ada sisipan khas utk Hari Guru - TITIAN. Banyak juga maklumat di situ.

Aku juga menerima banyak sms ucapan hari guru - sama ada bekas peserta kursus yang aku jadi fasi, guru pelatih, rakan setugas, malah adik beradik aku...yg bangga aku jadi guru. Seronok dapat baca macam-macam kata-kata nasihat, kata hikmat, motivasi, bentuk penghargaan & juga kata-kata lucu.

Akhir kata, aku juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kpd semua guru di seluruh dunia, termasuk Malaysia, dari pra-sekolah/TADIKA hinggalah ke menara gading. Khasnya untuk guru-guru yang telah mengajar & mendidikku sejak sekolah rendah (masa tu aku tidak pergi TADIKA), madrasah, masjid-masjid, usrah-usrah, sekolah menengah, 3 buah universiti yang pernah aku tuntut ilmu, & semua kursus yang pernah aku hadiri di mana saja. Begitu juga yang telah meninggal, mahupun yang masih hidup. Tanpa mereka, siapa aku. Terima kasih cikgu!

Sajak guru dapat dilihat di sini.