Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 11, 2010

Al-Aqsa Masjid ketiga suci di dalam Islam - apa sumbangan kita?

Masjid al-Aqsa dalam bahaya الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ،، أما بعد : Sidang jumaat yang dimuliakan…. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap masjid al-Aqsa pada hari ini merupakan satu percubaan zionis yang kejam bagi membakar dan memusnahkan masjid al-Aqsa, serta menghapuskan kesan kesan kesucian Bandar Al-Quds. Dengan bertujuan menyingkirkan umat Islam dan mengubah Bandar tersebut menjadi Bandar Yahudi. Menjadi satu kewajipan atas setiap muslim, bahkan setiap manusia yang mempunyai kebebasan dan hak untuk bangun menegakan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, serta mempertahan masjid al-Aqsa dan Palestin umumnya. Ini bagi kita ialah isu kemanusiaan, kerana mereka dengan terang terang telah melakukan kezaliman, pembunuhan, dan memusnahkan harta benda. Sepertimana kita lihat apa yang terjadi di Gaza baru-baru ini. Dan isu ini juga ialah isu umat Islam, yang mana akan ditanya di hadapan Allah sw...