Langkau ke kandungan utama

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu - siri 2

Salam semua,

Aku sambung ceritaku semasa posting pertama.


Sesampai aku & famili di lapangan terbang Kota Kinabalu (yg lama lagi masa itu)...aku mula gelisah kerana dibandingkan lapangan terbang Subang atau P. Pinang, ianya agak kecil. Dalam hatiku tergetus: " aih, kalau lapangan terbangnya kecil, macam manalah bandar, pekan, dan kampung2nya? Jenuh la aku!". Namun aku masih teringat kata2 mak aku " lat dalam batupun boleh hidup!", lantas naik balik semangatku. Apa lagi teringatkan misi aku ke sini, seperti kata pegawai di KPM sebelum kami berangkat dulu..."jadilah guru yang baik di mana saja kamu ditempatkan."


Kami disambut oleh Jalihah bt Hj. Edris, orang Sandakan,kawan sekelasku sewaktu kami di Sekolah Menengah Sains P. Pinang (SMSPP) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, serta bapa saudaranya - En. Puyung b. Awang (kini, allahyarham). Kami dibawa ke kuarters kerajaan berdekatan Tanjung Aru juga & isteri beliau & keluarganya yg lain turut menyambut kami.  Malam itu selepas makan malam, kami dibawa pusing2 bandar Kota Kinabalu. Di situ persepsi aku tentang Sabah agar berubah apabila aku lihat bangunan2nya yang agak tinggi & banyak, seperti bandar2 di Semenanjung. Aku agak lega sedikit.

Besok awal pagi,14 Ogos 1984, kami di bawa ke Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Sabah. Kami bertiga aku,isteri & kawanku, Saad) diberi taklimat oleh pegawai yang sangat baik, mesra & profesional (siapa boleh tolong ingatkan namanya ...Alias/Elias? Kemudian itu saya dengar beliau berpindah ke PPD Sandakan). Di situlah kami diberitahu sekolah & daerah kami ditugaskan Aku & isteri ke SMK Mat salleh, Ranau & Cikgu Saad ke SMK Taun Gusi, Kota Belud. Ketika itu juga aku diucapkan oleh pegawai itu : "Tahniah, cikgu2 suami isteri ditempatkan ke Ranau - Cameron Highlands of Sabah!" Saya tanya "kenapa digelar begitu?" "Daerahnya sejuk seperti Cameron Highlands" "Oooo, terima kasih" (dalam hatiku, alhamdulillah, pasti cantik tempatnya).


Kami terus di bawa menaiki teksi & bertolak ke daerah Ranau. Sepanjang jalan yang bengkang bengkok itu, kami melihat pemandangan yang indah, terutama melewati Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara.  Kami juga melihat makcik2 ("inan" -Bahasa Dusun yang aku pelajari kemudian) membawa "wakit" (aku belajar dari pemandu teksi) bersama sayuran/buah2an/kayu api menaiki & menuruni bukit2. kakak aku kata "Kuatnya depa, tua2 pun boleh bawa barang berat naik bukit.". Aku jawab " a ah..kan?" (Lepas2 tu kami akui memang org2 Ranau/Kundasang kuat2 belaka...sebab hari2 dari kecil hingga "basar", training naik turun bukit/gunung..he3). 


Sesampai di SMK Mat Salleh, kami terus melapor diri. Pengetua ketika itu, Encik Frederick Subal, orang Dusun. Kami mulai mendengar pelat bahasa Melayu Dusun di sekitar kami. Kalau bahasa Dusun "pure", masa itu, memang sepatahpun aku ndak tau bah! Penolong Kanan, ketika itu Pn. Salmah Abdullah. Kami diperkenalkan kepada guru2 kanan & guru2 lain di Bilik Guru. Kami diberi meja & mula berkenalan dengan guru2 di situ. Tahulah kami bahawa ramai juga orang2 dari Semenanjung, malah guru Cina & India juga. Selepas sekolah, kami dibawa ke  sebuah kuarters yang paling hampir dengan bangunan sekolah, (dan di situlah kami tinggal sehingga 1988, sebelum aku berkursus Diploma Kaunseling di UKM, selama setahun). Ooo ya, Pengetua kini (ikut blog), Tn Hj Moin Ahmad, (anak tempatan, Lohan kan? adiknya Saridih juga kawanku) adalah rakanku ketika kami sama2 mengajar di situ dulu. (Tahniah dah Pengetua kini.)

Dalam seminggu dua itu, kamipun belajar hidup di tempat orang, yang berbeza adat resam, tutur kata & budaya. Aku mula tahu istilah2 Dusun & loghat Sabah secara umum, spt. "piasau" (kelapa), "buyuk", "limpas", "tidak pandai bah sigu" (ada citer menarik nanti aku bilang sama kau ah), "saaaaanaaa", "anuh hiiiiiiti/ hiiilo", "sekaaaarang", "atuuuuqqoi", "atamisy kopio" "tapai", "mongoi", dan sebagainya.


Namun di tempat ini, di daerah ini, aku terasa selesa, seronok & mula serasi dengan jiwaku.Aku kira aku akan tinggal lama di sini.  Lalu, terukir kata2 ini :"Ranau is my second home town".

P/S: maaf sekiranya sepanjang penceritaan ini ada yang kurang disenangi oleh sesiapa sahaja, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. Saya cuba cerita seikhlas & sebenar mungkin.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cigu boleh buat buku ni...tajuk dia warna warni seorang cigu mcm..ok ka...best2 layn crita ni cigu...rajim
Tanpa Nama berkata…
salam kopodulian ckg..atok oii..siok btl bc jurnal ckg ni..indahnya pgalaman ckg..guru trbaik dalam khidupan...best jg brgelar anak rantau ni..knpaa? sb sy jg kini sdg mrantau..so mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..sbagaimana ckg berhempas pulas memerah tenaga utk anak warga sabahan esp pribumi Ranau,insyaAllah sbgitu jg ingin sy lakukan di bumi Malaya, Johor ini..Congratuls ckg. sy akan dtg lg memesrai jurnal ckg ni..Nismah
Jundi Al-Abrar berkata…
cigu..best baca jurnal cikgu ni....
wlpun cikgu x mengajar sy masa sek mngh dulu tp cikgu ajar sy bila masuk maktab...ndak sangka pula jumpa di IPTB....

bah cigu logot-logot menulis jurnal kio....miruba kito kawagu siara mongoi ko hiti Ranau...

welcome to RaNau kawagu....

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi >< gelen="~30liter?"> Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, meng

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the machin

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj