Salam semua,
Aku sambung ceritaku semasa posting pertama.
Sesampai aku & famili di lapangan terbang Kota Kinabalu (yg lama lagi masa itu)...aku mula gelisah kerana dibandingkan lapangan terbang Subang atau P. Pinang, ianya agak kecil. Dalam hatiku tergetus: " aih, kalau lapangan terbangnya kecil, macam manalah bandar, pekan, dan kampung2nya? Jenuh la aku!". Namun aku masih teringat kata2 mak aku " lat dalam batupun boleh hidup!", lantas naik balik semangatku. Apa lagi teringatkan misi aku ke sini, seperti kata pegawai di KPM sebelum kami berangkat dulu..."jadilah guru yang baik di mana saja kamu ditempatkan."
Kami disambut oleh Jalihah bt Hj. Edris, orang Sandakan,kawan sekelasku sewaktu kami di Sekolah Menengah Sains P. Pinang (SMSPP) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, serta bapa saudaranya - En. Puyung b. Awang (kini, allahyarham). Kami dibawa ke kuarters kerajaan berdekatan Tanjung Aru juga & isteri beliau & keluarganya yg lain turut menyambut kami. Malam itu selepas makan malam, kami dibawa pusing2 bandar Kota Kinabalu. Di situ persepsi aku tentang Sabah agar berubah apabila aku lihat bangunan2nya yang agak tinggi & banyak, seperti bandar2 di Semenanjung. Aku agak lega sedikit.
Besok awal pagi,14 Ogos 1984, kami di bawa ke Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Sabah. Kami bertiga aku,isteri & kawanku, Saad) diberi taklimat oleh pegawai yang sangat baik, mesra & profesional (siapa boleh tolong ingatkan namanya ...Alias/Elias? Kemudian itu saya dengar beliau berpindah ke PPD Sandakan). Di situlah kami diberitahu sekolah & daerah kami ditugaskan Aku & isteri ke SMK Mat salleh, Ranau & Cikgu Saad ke SMK Taun Gusi, Kota Belud. Ketika itu juga aku diucapkan oleh pegawai itu : "Tahniah, cikgu2 suami isteri ditempatkan ke Ranau - Cameron Highlands of Sabah!" Saya tanya "kenapa digelar begitu?" "Daerahnya sejuk seperti Cameron Highlands" "Oooo, terima kasih" (dalam hatiku, alhamdulillah, pasti cantik tempatnya).
Kami terus di bawa menaiki teksi & bertolak ke daerah Ranau. Sepanjang jalan yang bengkang bengkok itu, kami melihat pemandangan yang indah, terutama melewati Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Kami juga melihat makcik2 ("inan" -Bahasa Dusun yang aku pelajari kemudian) membawa "wakit" (aku belajar dari pemandu teksi) bersama sayuran/buah2an/kayu api menaiki & menuruni bukit2. kakak aku kata "Kuatnya depa, tua2 pun boleh bawa barang berat naik bukit.". Aku jawab " a ah..kan?" (Lepas2 tu kami akui memang org2 Ranau/Kundasang kuat2 belaka...sebab hari2 dari kecil hingga "basar", training naik turun bukit/gunung..he3).
Sesampai di SMK Mat Salleh, kami terus melapor diri. Pengetua ketika itu, Encik Frederick Subal, orang Dusun. Kami mulai mendengar pelat bahasa Melayu Dusun di sekitar kami. Kalau bahasa Dusun "pure", masa itu, memang sepatahpun aku ndak tau bah! Penolong Kanan, ketika itu Pn. Salmah Abdullah. Kami diperkenalkan kepada guru2 kanan & guru2 lain di Bilik Guru. Kami diberi meja & mula berkenalan dengan guru2 di situ. Tahulah kami bahawa ramai juga orang2 dari Semenanjung, malah guru Cina & India juga. Selepas sekolah, kami dibawa ke sebuah kuarters yang paling hampir dengan bangunan sekolah, (dan di situlah kami tinggal sehingga 1988, sebelum aku berkursus Diploma Kaunseling di UKM, selama setahun). Ooo ya, Pengetua kini (ikut blog), Tn Hj Moin Ahmad, (anak tempatan, Lohan kan? adiknya Saridih juga kawanku) adalah rakanku ketika kami sama2 mengajar di situ dulu. (Tahniah dah Pengetua kini.)
Dalam seminggu dua itu, kamipun belajar hidup di tempat orang, yang berbeza adat resam, tutur kata & budaya. Aku mula tahu istilah2 Dusun & loghat Sabah secara umum, spt. "piasau" (kelapa), "buyuk", "limpas", "tidak pandai bah sigu" (ada citer menarik nanti aku bilang sama kau ah), "saaaaanaaa", "anuh hiiiiiiti/ hiiilo", "sekaaaarang", "atuuuuqqoi", "atamisy kopio" "tapai", "mongoi", dan sebagainya.
Namun di tempat ini, di daerah ini, aku terasa selesa, seronok & mula serasi dengan jiwaku.Aku kira aku akan tinggal lama di sini. Lalu, terukir kata2 ini :"Ranau is my second home town".
P/S: maaf sekiranya sepanjang penceritaan ini ada yang kurang disenangi oleh sesiapa sahaja, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. Saya cuba cerita seikhlas & sebenar mungkin.

Ulasan
wlpun cikgu x mengajar sy masa sek mngh dulu tp cikgu ajar sy bila masuk maktab...ndak sangka pula jumpa di IPTB....
bah cigu logot-logot menulis jurnal kio....miruba kito kawagu siara mongoi ko hiti Ranau...
welcome to RaNau kawagu....