Salam semua,
Alhamdulillah, anak sulungku tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dlm bidang ICT, dr salah satu IPT swasta tempatan pd 22hb Nov 2008 yg lalu, sehari sebelum aku & isteri bertolak ke Solo, utk lawatan belajar ke Pondok Moden Gontor Darussalam, di Ponorogo (sering aku silap sebut Ponegoro, ditegur banyak kali oleh isteriku....yalahh, aku teringat "Diponegoro"-tokoh pejuang Jogjakarta yg terkenal itu..ngak salah kan?)
http://indahnesia.com/indonesia/HIB00/the_causes_of_the_java_war.php
2. Agak sukar jalan hidupnya sebelum ini...maklumlah anak sulung...kami ibu bapanya baru belajar2 mendidik anak & mmg aku akui kami bnyak 'bereksperimen" dgnnya. Maksud aku, mula2 mendidik anak pertama selalunya, kita tak tahu banyak kaedah2 betul & jalan yg terbaik utk menjadikan dia berjaya. Sekoleh rendah dulu rasanya aku tak hantarnya ke tusyen, harap sekolah aje. Sekolah menengahnya 2 tempat - yg pertama tinggal di asrama - kena buli, aku pergi selesai sendiri, tanpa melaporkannya kpd pihak sekolah/warden (kesiankan budak2 senior tu). Sekolah keduanya ok sikit, tapi aku tak bagi duit banyak sbb pendapatanpun tak seberapa ketika itu. Semua keputusan peperiksaannya - UPSR, PMR & SPM sederhana shj - sbb dia tinggal di asrama & aku menaruh kepercayaan sepenuhnya kpd pihak sekolahnya. Lagipun dia selalu jawab "ok" bila kami tanya ttg pelajarannya. Rupa2nya tak berapa ok keputusan2 ujian & peperiksaannya. Mungkin dia tak mau menyusahkan hati kami, lagipun masa tu adik2nya ramai, kecik2 pulak tu. Ya, dia anak yg bertanggungjawab & sgt perihatin kpd masalah2 kami...ank sulung katakan., alhamdulillah. Moga berterusan hendaknya sifatnya ini...terutama setelah kami tiada nanti...amiin.
Kini dia bertugas di sebuah kilang pemprosesan minyak masak di Pxxxx...bahagian maintainence komputer. Mula2 ok, tapi akhir2 ini,setelah ada staf Cina baru masuk di unitnya, dia kerap dipinggirkan & disindir2,ditekan2 (secara psikologi) spy dia berhenti kerja. Kawan di tempatnya sebelum ini tahan 1-2 tahun aje. Aku bukan seorang yg bersifat perkauman,ttp kenapa selalu kilang2/syarikat2 bukan Bumi buat begitu kpd staf Bumi? Nak kata ankku pemalas..rasanya tidak, aku bela dia 25 th...aku tahulah perangainya. Penyelianya yg senior, nampaknya agak negatif dgnnya. Apa perlu aku buat? 1. jumpa penyelianya & beri nasihat/amaran? (siapa aku?) 2. hantar samseng2 hentam saja yg berkenaan? (polis ligan, nanya jer..); 3. hantar surat layang & sk kpd semua pertubuhan politik & NGO Melayu & Islam (ramai yg syor begini..) 4. buat tak tau je...suruh anak cari kerja lain.. (tapi ank2 Melayu akn berterusan dianiaya...tahan kah kita dengar & lihat?)
Tolong2...sapa ada idea & jalan terbaik?
Ulasan
x sngka ceritera ku akan dikarang sebegini rupa..MMg btul ckp aBah, dlu ingat pasal adik2..2 yg kta study cmna,,OK, ok dan OK ja.. tapi Tuhan ja yang tahu..++ bila dimasukkan ke SM Teknik..dh la x minat amik kos Elektrik, kna amik gak..alih2 ckup2 makan..ada pla LK lg, 2 yg buat rosak sijil SPM..:(
Neway, sejak saat 14/7/1983 berganjak, di situlah bermula UCAPAN TERIMA KASIH BYK2 pd ayahanda n ibunda serta adik2 yg mmberi smangat..direct n indirect..
skali lg, jzkk skli lg.. :*