Langkau ke kandungan utama

2 ANAKKU DAH BERTUNANG..


Assalamu'alaikum,

Ya..2 org anakku, yg sulung (Along) & yg kedua (Angah) telah bertunang. Along bertunang pd Hari Raya kedua Aidilfitri yg lalu. Angah melangsungkan majlis pertunangannya pd 16 Nov 2008 (Ahad) yg lalu.

Along di Jawi, Seb Perai Selatan. Kami bawa 9 dulang masa majlis Along- Sirih junjung, Kek, Bahulu, Buah, Tuala, baju sepasang, coklat,gula, & cincin. Gubahan dibuat oleh Mak Cik Ina & Alang/Asmaa'. Rombongan Along terdiri drp 4 kereta - Us. Soid (tekong) Mak Tuk, Tuk Wan, Mak Ngah, Pak Cik Ali, Pak Lang Sabri, Pak Su, Mak Teh, Mak Caq, Pak Su Ded, Aku & isteri, Angah, & Ateh. Majlis Along ni mudah sebab tuan rumah kenal & malu alah tekong kami, lagipun anak2 dah bincang awal2....alhamdulillah.

Sementara Angah pula di Pasir Salak, Teluk Intan, Perak. Kami bawa 7 dulang hantaran . Hantaran Angah terdiri drp: 1. Tepak sirih 2. cincin 3. bahulu ikan sepasang 4. buah2an 5. tuala bertekat "Selamat Bertunang" 6. coklat 7. Kek2 & biskut. Sirih saja diupah gubahannya...lain2 kakak yg gubah & dibantu Ummi. Kalau ada Ateh, tentu diapun akan sibuk mempamerkan kehebatannya membuah gubahannya...Itulah aku bgtau ank2 daraku - "Belajaq la...drp org ke, majalah/akhbar ke..senang,tak yah upah2, buat sendiri je...bukan susah pun... Ada 5 org lg oooo. Lgpun adik beradik lain leh minta tolong..kan3?"

Kami pi 3 keta - Pak Su Chot (Honda Accord), Pak Cik Shimi (Honda Civic - dtg dari KL) & kami (Kia Citra - sewa). Kami bawa Ustaz Romzi sbg ketua/tekong rombongan. Lain2-Aku, Isteri, Along, Angah/Muhammad, Pak Su Ded, Along, Mak Caq, Mak Cik Ina, Haikal. Ai...dekat2 3 jam jg perjalanan dr Juru...ikut PLUS, susur keluar Gopeng. Bila sampai terus masuk rumah, sembang2 serta bincang...besan kami tu kelakar (keloloh kata org Utara) jg, jd riuh rendah jg lah majlis tu... Bagaimanapun selesai bincang, kami dijamu makan...alhamdulillah.

Sampai di umah...masing2 keletihan, tapi puas hati kerana selesai satu bab lagi... Terima kasih kpd Ustaz Romzi, & semua adik beradik yg beri kerjasama dlm semua kerja & urusan...moga ALLah SWT sahaja yg membalas jasa kalian.


Lg satu, masa Along dulu kita sewa dulang - 1 dulang sekali alas=RM6, 10=RM60...buta je abis duit. Kali ni, giliran Angah kami pi borong di Long Wan & Mydin (all in all baru RM159 + Rm50(10 alas)= RM209). Bayangkan, 1 org 2x pakai (tunang & nikah), jika 7 org x RM60x2 kali= RM840. Dah jimat RM631. Pastu, kita leh bg sewa kt org pula... jadi, rasanya keputusan kami beli ni, mmg tepat. Baru 2-3 lepas anak sedara aku, Azhar (anak Mak Caq) dtg pinjam utk majlis walimah nikahnya pd 6hb Dis.

Musim pertunangan & kahwin dah bermula dlm keluarga aku...akan berbesanlah aku tak lama lagi...pastu dpt menantu2; pastu cucu2....waduh aku jadi datuk tak lama lagi! insyaAllah...moga Allah SWT berkati keluarga "extended" kami...amiin.

Ulasan

Siti Blogger berkata…
Alhamdulillah...makin bertambah besar lah keluarga...heheh...
b berkata…
2la, dh bli dulang kaki 2, kna rajin2 promote kt org laen..x kLu, kna tngu time anDak kawin pla la jwbnya..:p

Catatan popular daripada blog ini

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the mach...