Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ustaz Dahlan Mohd Zain dalam kenangan 1 - artikel buat renungan semua

Salam, petikan ini untuk renungan semua. Ini juga sebagai ingatan saya kepada al-marhum yg menjadi murabbi & da'ie di mana saya pernah merasai sentuhan tarbiyahnya sejak tahun 1979 hingga 1994. Moga Allah SWT cucuri rahmat ke atas ruhnya, dimasukkan ke golongan para mursalin , syuhadak, muttaqin & solihin...amin.  Kita yang tinggal, sama2lah jadikan al-marhum sebagai teladan.  Anak 2 -didik yang ditinggalkan akan bertebaran & sentiasa berkembang insyaAllah hingga akhir zaman.  Sama2 kita usahakan...insyaAllah. Di antara adab Islam ialah menghormati ulamak Dr. Ahmed Abdul Hadi Syahin Ulamak adalah pewaris para nabi. Allah telah memilih mereka supaya membawa agama dan syariat. Mereka adalah golongan yang paling mengenali Allah. Tugas mereka adalah menunjukkan manusia jalan kepada Allah. Firman Allah: “Siapakah ...

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu - siri 2

Salam semua, Aku sambung ceritaku semasa posting pertama. Sesampai aku & famili di lapangan terbang Kota Kinabalu (yg lama lagi masa itu)...aku mula gelisah kerana dibandingkan lapangan terbang Subang atau P. Pinang, ianya agak kecil. Dalam hatiku tergetus: " aih, kalau lapangan terbangnya kecil, macam manalah bandar, pekan, dan kampung2nya? Jenuh la aku!". Namun aku masih teringat kata2 mak aku " lat dalam batupun boleh hidup!", lantas naik balik semangatku. Apa lagi teringatkan misi aku ke sini, seperti kata pegawai di KPM sebelum kami berangkat dulu..."jadilah guru yang baik di mana saja kamu ditempatkan." Kami disambut oleh Jalihah bt Hj. Edris, orang Sandakan,kawan sekelasku sewaktu kami di Sekolah Menengah Sains P. Pinang (SMSPP) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, serta bapa saudaranya - En. Puyung b. Awang (kini, allahyarham). Kami dibawa ke kuarters kerajaan berdekatan Tanjung Aru juga & isteri beliau & keluarganya yg lain tu...

Kawal pengambilan minuman '3-in-1'

Kawal pengambilan minuman '3-in-1' Salam, Ada pro & kontranya: pro: 1. jimat masa (10 saat?) - koyak sarungnya, tuang, bancuh - siap secawan!; 2. jimat tenaga - tak payah jalan/ambil 2-3 bekas (i) kopi/teh/milo/dll, (ii) gula/madu) (iii) susu/krimer; 3. pilih je nak yg mana - kopi jantan/kopi janda/Radix/milo/tek tarik/kopitiam/dsb - kalau 5 org minum leh pilih 5 bungkus berbeza sama ada di rumah @ kedai. Biasanya kita akan bancuh SATU jenis minuman pada satu2 masa, jika di rumah; kontra: 1. jadi semakin malas - kerja senang & tak payah jalan/ambil 2-3 bekas; 2. gula & krimer tak boleh kawal - bahaya utk diabetics & obese; 3. lebih menjimatkan kerana 3-in-1 lebih mahal, kerana kos pembungkusan. Jadi, lu pikirlah sendiri mana baik & buruk...pilih yg sesuai dgn anda sebagai pengguna bijak. Utamakan kesihatan kerana inilah antara nikmat Allah SWT yg amat penting utk kelangsungan hidup & ibadah kepadaNya.

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu (siri 1)

Salam semua, Sebaik sahaja aku tamat pengajian di USM, P. Pinang., sekitar Mei 1984, aku dan isteri mendapat surat posting /penempatan pertama ke Sabah, negeri di bawah bayu (Kenapa gelaran ini? akupun kurang pasti...ada kaitan dengan pelancongan aku rasa, dulu iklannya "Land Below the Wind"). Mak mertuaku bising2 tak bagi pergi, "ntah hutan mana kena pi satgi", katanya. Berbeza dengan ibuku, dia kata "Pi lah Mae oi, ulat dalam batupun boleh hidup..", dia bagi semangat lagi. Aku dan isteri pasrah, walaupun agak risau sebab akan membawa 2 orang anak kecilku - Umar al-Mukhtar ("Umar Otai" -disebut namanya kecil2 dulu) dan Muhammad (Ramadhan) -"Mat Adon"- katanya kecik2 dulu,he3). Aku cuba juga buat surat rayuan (ambil hati mak mertua) minta penempatan di Semenanjung, khususnya sebelah Utara. Kami pergi jumpa sendiri pegawai berkenaan di Kementerian Pendidikan masa tu.  Namun dia kata tak boleh tukar, malah dia tawarkan lagi tiket2 kap...