Langkau ke kandungan utama

Catatan

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu (siri 1)

Salam semua, Sebaik sahaja aku tamat pengajian di USM, P. Pinang., sekitar Mei 1984, aku dan isteri mendapat surat posting /penempatan pertama ke Sabah, negeri di bawah bayu (Kenapa gelaran ini? akupun kurang pasti...ada kaitan dengan pelancongan aku rasa, dulu iklannya "Land Below the Wind"). Mak mertuaku bising2 tak bagi pergi, "ntah hutan mana kena pi satgi", katanya. Berbeza dengan ibuku, dia kata "Pi lah Mae oi, ulat dalam batupun boleh hidup..", dia bagi semangat lagi. Aku dan isteri pasrah, walaupun agak risau sebab akan membawa 2 orang anak kecilku - Umar al-Mukhtar ("Umar Otai" -disebut namanya kecil2 dulu) dan Muhammad (Ramadhan) -"Mat Adon"- katanya kecik2 dulu,he3). Aku cuba juga buat surat rayuan (ambil hati mak mertua) minta penempatan di Semenanjung, khususnya sebelah Utara. Kami pergi jumpa sendiri pegawai berkenaan di Kementerian Pendidikan masa tu.  Namun dia kata tak boleh tukar, malah dia tawarkan lagi tiket2 kap...

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Salam  semua, Alhamdulillah, dengan izin & rahmat Allah SWT, maka lancarlah sudah sebuah lagi NGO Islam  yang merupakan gabungan beberapa NGO Islam ke arah memantapkan lagi usaha-usaha dakwah, tarbiyah & kebajikan di negara kita tercinta Malaysia. Walaupun nampak baru dari segi wajah dan penampilan, tetapi sebenarnya semua barisan pimpinan nasional, negeri, & daerah, semuanya orang-orang lama dalam NGO masing-masing sebelum ini. Jadi, gabungan pengalaman mereka ini insyaAllah, diharapkan mampu memberi impak positif ke atas masyarakat Islam & bukan Islam di dalam dan luar negara kita.   Sesungguhnya kita amat memerlukan kekuatan dan kesatuan Islam agar Deen Islam akan dapat disebarluaskan lagi kepada seluruh umat manusia, sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Ali-'Imran: 104:   وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٠٤) "Da...

Al-Aqsa Masjid ketiga suci di dalam Islam - apa sumbangan kita?

Masjid al-Aqsa dalam bahaya الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ،، أما بعد : Sidang jumaat yang dimuliakan…. Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap masjid al-Aqsa pada hari ini merupakan satu percubaan zionis yang kejam bagi membakar dan memusnahkan masjid al-Aqsa, serta menghapuskan kesan kesan kesucian Bandar Al-Quds. Dengan bertujuan menyingkirkan umat Islam dan mengubah Bandar tersebut menjadi Bandar Yahudi. Menjadi satu kewajipan atas setiap muslim, bahkan setiap manusia yang mempunyai kebebasan dan hak untuk bangun menegakan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, serta mempertahan masjid al-Aqsa dan Palestin umumnya. Ini bagi kita ialah isu kemanusiaan, kerana mereka dengan terang terang telah melakukan kezaliman, pembunuhan, dan memusnahkan harta benda. Sepertimana kita lihat apa yang terjadi di Gaza baru-baru ini. Dan isu ini juga ialah isu umat Islam, yang mana akan ditanya di hadapan Allah sw...

Aku alumni USM Penang

Salam, Aku menjejaki kaki ke menara gading buat pertama kali pada pertengahan tahun 1979 (?), di negeri kelahiranku sendiri, Pulau Pinang. Alhamdulillah, selepas Malaysian Certification of Education (MCE), aku dan kira-kira 100 orang lagi pelajar asal SMSPP dan juga beberapa orang dari SMS Kedah & juga SMS Perlis, dipanggil untuk mengikuti program Matrikulasi Sains USM. Kami "batch" kedua. Program ini setaraf HSC/STPM tetapi lebih menjurus ke arah pengajian kursus-kursus di USM. Matrik Peringkat 1 diadakan di sekolah dan Matrik peringkat II dibuat di kampus induknya di Minden, Penang. Selepas tamat matrik II, saya diterima ke kursus Sains dengan Pendidikan, major Biologi & minor Pengajian Islam. Tahun 1 aku kecundang 2-3 paper,maklumlah, tak pandai study macam "siswa". Namun, aku ambil paper yang gagal itu semula pada cuti panjang semester itu juga, untuk cuba membaiki nilai kredit terkumpul (CGPA). Bila dah Tahun 3 & 4, beberapa gred A mula kel...

Aku dah jadi Tuk Wan...

Salam, Alhamdulillah, tanggal 8hb Mac 2010, jam 7 pagi lebih maka lahirlah seorang insan baru ke dunia, seorang putera, 3.60 kg ( > besar dari abahnya dulu, 3.36kg) ke dunia ini,di Hospital Teluk Intan, Perak. Bertambahlah tanggung jawab & amanah kepada abahnya. Abahnya, anak lelaki keduaku. Maka automatik aku dah jadi "tuk wan" (istilah orang Utara) dan isteriku "tuk" atau "mak tuk"(utk dengar lebih muda...he3). Petang itu juga kami bersama Along & isterinya yang juga sedang sarat (mungkin seminggu dua lagi...bertambahlah cucuku) bertolak ke Teluk Intan, selepas mohon pulang awal dari pejabat. Aku sedang sakit gout,namun terbayang-bayangkan cucu pertama ini, aku gagahi diri untuk pergi juga. Alhamdulillah Along dapat bersama jadi pemandu, dengan keretanya pula. Jika tidak agak sukar untuk aku memandu dengan jarak yang agak jauh dalam keadaanku yang tidak sihat. Semasa dalam perjalanan, kami mendapat maklumat, cucu kami dimasukkan ke ICU k...

KESAKITAN DAN KEMATIAN

  Salam semua, Maaf, lama tak menjengah..maklumlah awal-awal tahun ni, banyak kerja-kerja pejabat perlu dibereskan. Lagipun kami sekeluarga masih lagi sibuk mengemas  & mengangkut barang-barang untuk berpindah rumah kali ke-12 sejak kami berkahwin..huh3, penat yo!  Namun seronok kerana dapat tinggal di rumah sendiri. Semua anak sama ada jauh dari kami, atau  tinggal dengan kami, tetapi  masing-masing sibuk dengan kerjaya atau sibuk belajar dan tak dapat nolong selalu, kadang-kadang saja. Kami akan bergotong royong bila dapat kumpul pada satu hari. Itu yang syoknya…bila anak ramai. Banyak yg berlaku dalam tempoh aku tidak menulis nih, antara alasan aku tak sempat (kononnya! Padahal kalau hendak 1000 daya… kan ?). Semua kisah tidak menyeronokkan…tapi inilah asam garam, & hitam putih kehidupan … 1.      Emak kehilangan beg tangan – yang ada wang, paspot Antarabangsa, dan kad pengenalan.  Hilang pulak di dalam kedai yang emak ...