Salam semua,
1. Aku pernah belajar di Kepala Batas Primary School (KBPS) atau kemudiannya dinamakan Sekolah Rendah Hashim Awang (SRHA) dan Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA-lihat sini), sehingga kini namanya sebegitu; bermula Standard 1 hingga Standard 6. Kawan2 aku pernah upload gambarfoto Standard 1 dan Standard 5. Malangnya aku sendiripun tak kenai diri aku masa Standard 1...ha3, aparaah!
* aku tayangkan gambar masa darjah 5 tu...(no. 8 berdiri belakang dari kanan) - diapit Ishak Abd. Rahman - kini Pengarah Bekalan Air Ipoh & Azman Lazim - kini di KL, banker?). Masa tu semua cute2 kan? he3...
2. Seingat aku, guru2 kelas aku masa tu ialah (kalau lupa atau salah eja, maaf no...sapa2 tolong betulkan ya...sila komen):
Std 1 - Mdm. Philomena Gomez
Std 2 - tak ingat
Std 3 - tak ingat
Std 4 - Mr Tan Aik Meng (?)
Std 5 - Mr Ong Theng Chai
Std 6 - Mr Ong Theng Chai (?)
Guru2 besar pula - mula2 Tuan Hj. A.K. Merican, lepas tu Mr. S. Theyaga Rajah dan kemudian Mr. Khalid Mehta @ Abdullah. Senior Assistant mula2 Mr Phun (anaknya James Phun - kawan baik aku dulu...mana dia la ni, anybody knows?); lepas tu Mr. Ismail (anaknya Roslia...sama kelas dulu, mana dia?).
3. Aku jadi best student masa peperiksaan Darjah 5 (Std 5 Assessment)...masa tu aku dapat 4A...riuhlah sekampung & seantero sekolah. Mr. Ong yang masuk kelas umumkan...aku masih ingat. Maklumlah masa tu aku kecik je badan & tak lah menonjol sangat. Dengan sebab tulah aku dilantik jadi prefect masa Std 6. Shukor Mahmud (sekarang seorang tokoh usahawan di Temerloh) jadi Head Prefect & Azimah Abd. Wahab (di mana dia?) jadi Assistant Head Prefect.
4. Dari sini jugalah nama aku duduk nombor wahid dalam senarai SRHA ke Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang (SMSPP), sekarang dinamakan SMS Tun Syed Syeh Shahabuddin (SMSTSSS - klik sini).
5. Banyak kenangan di sini: bawa 2 kupang ke sekolah & kena stay-back sebab ada kokurikulum (bayangkan...kena bertahaq (tahan lapar) la..); pertama kali tengok wayang di panggung Kepala Batas (City Theater?); aktif - jadi Patrol Leader, dalam Anak Serigala (Boys' Cub) & Pengakap; jual nasi lemak & kena marah guru sebab kantin komplen; dipilih ke pasukan koir tapi kena tendang lepas tu sebab suara out; tidak dipilih lari 50m sebab kalah dgn Che Elias; habis semua buku fiksyen siri Enid Blyton & Hardy Boys aku baca; dan macam2 lagi kenangan mengusik jiwa...
Ulasan
Nur aliya : dalam proses dok mengumpulkan lagi cerita2 zaMAN dulu.
Farris: ya, saya pun dok mencari2 sebahagian besar guru2 & kawan2 XKBPS yang masih hidup. Eloklah kita war-warkan.
Maggie: I tak tau apa u tulis, I anggap spam kut..lepas ni I akan delete je...
Tanpa nama: Oo Ya, En Khalid Mehta dah meninggal? Thanks for info. Innalillahiwainna ilaihi raji'un.
http://www.facebook.com/pages/Sekolah-Rendah-Kebangsaan-Hashim-Awang-1981-1986/139579102738359?v=wall
Saya kat KBPS darjah 1 tahun 1965. Darjah 6 tahun 1970. Masa tu jadi Head Prefect.
Peristiwa pertama yang bermain di kepala bila ingat KBPS ialah masa darjah 6 Cikgu Ismail minta saya berdiri depan kelas dan bagi tau semua, saya dapat nombor 23/42 dalam exam. Punya laa malu.
Final exam darjah 6 lepas tu, alhamdulillah dapat no 2/42 dalam kelas dan nombor 3 keseluruhan kelas.
Terima kasih Cikgu Ismail for everything. Diamond is a chunk of gold made good under pressure.
masraden@streamyx.com
Diamond is a chunk of coal made good under pressure.