Langkau ke kandungan utama

Aku alumni KBPS @ Sekolah Kebangsaan Hashim Awang


Salam semua,

1. Aku pernah belajar di Kepala Batas Primary School (KBPS) atau kemudiannya dinamakan Sekolah Rendah Hashim Awang (SRHA) dan Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA-lihat sini), sehingga kini namanya sebegitu; bermula Standard 1 hingga Standard 6. Kawan2 aku pernah upload gambarfoto Standard 1 dan Standard 5. Malangnya aku sendiripun tak kenai diri aku masa Standard 1...ha3, aparaah!

* aku tayangkan gambar masa darjah 5 tu...(no. 8 berdiri belakang dari kanan) - diapit Ishak Abd. Rahman - kini Pengarah Bekalan Air Ipoh & Azman Lazim - kini di KL, banker?). Masa tu semua cute2 kan? he3...

2. Seingat aku, guru2 kelas aku masa tu ialah (kalau lupa atau salah eja, maaf no...sapa2 tolong betulkan ya...sila komen):

Std 1 - Mdm. Philomena Gomez

Std 2 - tak ingat

Std 3 - tak ingat

Std 4 - Mr Tan Aik Meng (?)

Std 5 - Mr Ong Theng Chai

Std 6 - Mr Ong Theng Chai (?)

Guru2 besar pula - mula2 Tuan Hj. A.K. Merican, lepas tu Mr. S. Theyaga Rajah dan kemudian Mr. Khalid Mehta @ Abdullah. Senior Assistant mula2 Mr Phun (anaknya James Phun - kawan baik aku dulu...mana dia la ni, anybody knows?); lepas tu Mr. Ismail (anaknya Roslia...sama kelas dulu, mana dia?).

3. Aku jadi best student masa peperiksaan Darjah 5 (Std 5 Assessment)...masa tu aku dapat 4A...riuhlah sekampung & seantero sekolah. Mr. Ong yang masuk kelas umumkan...aku masih ingat. Maklumlah masa tu aku kecik je badan & tak lah menonjol sangat. Dengan sebab tulah aku dilantik jadi prefect masa Std 6. Shukor Mahmud (sekarang seorang tokoh usahawan di Temerloh) jadi Head Prefect & Azimah Abd. Wahab (di mana dia?) jadi Assistant Head Prefect.

4. Dari sini jugalah nama aku duduk nombor wahid dalam senarai SRHA ke Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang (SMSPP), sekarang dinamakan SMS Tun Syed Syeh Shahabuddin (SMSTSSS - klik sini).

5. Banyak kenangan di sini: bawa 2 kupang ke sekolah & kena stay-back sebab ada kokurikulum (bayangkan...kena bertahaq (tahan lapar) la..); pertama kali tengok wayang di panggung Kepala Batas (City Theater?); aktif - jadi Patrol Leader, dalam Anak Serigala (Boys' Cub) & Pengakap; jual nasi lemak & kena marah guru sebab kantin komplen; dipilih ke pasukan koir tapi kena tendang lepas tu sebab suara out; tidak dipilih lari 50m sebab kalah dgn Che Elias; habis semua buku fiksyen siri Enid Blyton & Hardy Boys aku baca; dan macam2 lagi kenangan mengusik jiwa...

Ulasan

aliya berkata…
Menarik cerita Abang, bolehlah masukkan dalam buku KADI. Jangan lupa tulis kisah kita
Unknown berkata…
Hi...menarik cerita tu... saya suka sgt2..sy pun dulu bekas pelajar KBPS tahun 1972-1977..banyak kenangan di sana..rindu nak jumpa kawan2 lama..sy dulu di sekolah aktif dalam sukan dan musabaqah. ada lagi ke ustaz aziz, cikgu aminah, cikgu thiru..teringin nak jumpa guru besar En Khalid Mehta..(anaknya Rozita Khalid) satu kelas. sy dah dapat contact dia. Bagi bekas2 pelajar KBPS/SRHA 1972-1977 kalau sudi hubungi saya. zana di alamat email: farris.dc.engineering@gmail.com
Tanpa Nama berkata…
Mr Khalid Metha dengar kata dah mati.
Pak_Anjang berkata…
Terima kasih -
Nur aliya : dalam proses dok mengumpulkan lagi cerita2 zaMAN dulu.
Farris: ya, saya pun dok mencari2 sebahagian besar guru2 & kawan2 XKBPS yang masih hidup. Eloklah kita war-warkan.
Maggie: I tak tau apa u tulis, I anggap spam kut..lepas ni I akan delete je...
Tanpa nama: Oo Ya, En Khalid Mehta dah meninggal? Thanks for info. Innalillahiwainna ilaihi raji'un.
Tanpa Nama berkata…
Mohon dishare pautan dan foto >>

http://www.facebook.com/pages/Sekolah-Rendah-Kebangsaan-Hashim-Awang-1981-1986/139579102738359?v=wall
Tanpa Nama berkata…
Alhamdulillah, jumpa sorang x-KBPS. Nostalgia....

Saya kat KBPS darjah 1 tahun 1965. Darjah 6 tahun 1970. Masa tu jadi Head Prefect.

Peristiwa pertama yang bermain di kepala bila ingat KBPS ialah masa darjah 6 Cikgu Ismail minta saya berdiri depan kelas dan bagi tau semua, saya dapat nombor 23/42 dalam exam. Punya laa malu.

Final exam darjah 6 lepas tu, alhamdulillah dapat no 2/42 dalam kelas dan nombor 3 keseluruhan kelas.

Terima kasih Cikgu Ismail for everything. Diamond is a chunk of gold made good under pressure.

masraden@streamyx.com
Tanpa Nama berkata…
correction:
Diamond is a chunk of coal made good under pressure.
Tanpa Nama berkata…
Assalamulaikum kepada semua bekas pelajar SRHA atau SKHA. Saya Cikgu Mohamad Nadzir (Kaunselor Sekolah) ingin memohon sumbangan untuk menjayakan Kem Kecemerlangan UPSR 2015 murid-murid SKHA. Program itu akan diadakan pada 25-26 Julai 2015 di Putri Ayu Chalet, Yan,Kedah. Sumbangan bolehlah dihulurkan ke dalam akaun PIBG/Bank Islam Malaysia Berhad. No akaun 07043011035998. Jasa anda semua amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi >< gelen="~30liter?"> Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, meng

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the machin

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj