Langkau ke kandungan utama

Strategi P&P Berkesan


Salam semua,
Pada 10 Januari lalu, seorg sahabatku Hj ARO (bakal Dr - dh nak viva, hu3...aku belum pun p daftar lg,borang dah ambik 2-3 kali dah.. ) & aku dijemput bagi Perkembangan Staf (Strategi Pengajaran dan Pembelajaran/P&P yang Berkesan) di sebuah Sek. Men. Keb. di Alor Star. Hj ARO bg slot pertama, "Pembelajaran Koperatif"...dia prepare 4j, kena compress jd 2j jer...tupun dia terlajak 1/2 jam..takpalah, aktivitinya banyak. Akupun prepare 4j, kna bagi 2j jg. Aku bg tajuk "Kecerdasan Pelbagai" dan "Kemahiran Berfikir". Kami kata selalunya kami bg kursus 3h 2m bg satu tajuk, malah Kem. berfikir tu kami biasa ajar satu semester! (ada dlm silibus dulu). Mula-mula ingatkan 8pg hingga 4 ptg, rupanya dipendekkan 8-12.30 tgh sj...itu yg kami kena compress masa tu.

Bagaimanapun, penglibatan guru2 sgt memberangsangkan. Pengetuanya tunggu dr awal hingga habis. Aku "salute" lah sekolah sebegini. Aku biasa kena di sekolah lain, kita berceramah,ada peserta syok2 baca akhbar di belakang! Aku sabar ajelah...sb aku jemputan. Kalau dlm kelas aku, siap kena halau keluar kelas...org tak hormat kita,kitapun boleh malukan dia jg - dgn harapan dia sedarlah lain kali, walaupun di hadapan penceramah mana sekalipun.

Aku yakin, pedagogi berkesan ni, selain ilmu pengetahuan yg kita dapat, kita kena praktikkannya dlm kelas. Do it! - then only we can feel & understand the situation. Sekali kita berjaya cuba kaedah baru & berkesan, lepas tu kita dah boleh ulang tanpa tengok buku lg.

Yang penting selain kaedah & tekniknya, sifat & sikap diri kita sgt penting dlm P&P. Kesedaran dan kesungguhan kita mengajar. The passion & devotion in teaching! - to disseminate not only the knowledge, but also to train the skills, to inculcate the noble values, & to enhance the positive attitude - these are needed to be & to become a teacher.

Murid & pelajar akan nampak kita bersungguh atau tidak. Mereka dpt rasa kita seronok mengajar & bersemangat atau tidak. Mereka akan bersama2 kita berfikir,merenung, menghayati, merasai, tenggelam bersama ilmu yg kita sedang gali & terokai. Kata orang alim : "yang disampaikan dengan HATI, akan diterima org yg mendengarnya dgn HATI jua...". Inilah secara ringkas mesej aku - moga ramai para guru, cikgu-cikgi, pendidik atau bakal pendidik, sama2 berfikir dan merubah diri, utk sentiasa rasa "passion & devote towards teaching & learning". Terima kasih.

Gambarfoto: Dari internet - pelajar sedang baca Al-Qur'an. Tanpa guru & kaedah mengajar yg betul, kanak-kanak sukar jadi pandai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...