Dawn at Kubang Semang mosque-beginning of a new year...new hope,new determination
Assalamu'alaikum semua,
Selamat tahun baru...walaupun lewat sikit...tak apa, belated, kata orang..he3.
Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah SWT kerana Dia masih mengizinkan lagi aku & kita semua terus hidup di sunia yg fana ini. Ya, dunia fana-sementara-tidak kekal; namun dunia inilah yg menjadi jambatan ke dunia Akhirat-kekal abadi-tempat tuju insan semua hingga bila2...selama2nya. Di dunia inilah kita kena membuat yg terbaik-cemerlang kerana tidak akan ada ulangan-replay; tidak boleh patah balik-go astern(gostan =bahasa Utara). Nak buat apapun -nak merasai-mengecapi segala nikmat yg Allah SWT beri, di dunia inilah, masa inilah- now & here. Kalaupun terlajak, terlanjur, tersilap,tersalah,terbuat salah/dosa, maka bertaubatlah segera, minta maaflah kpd manusia lain jika kita bersalah kpd mereka & minta ampun byk2 kpd Allah jika kita buat dosa. Bila? Sekarang nilah - la ni lah, dan-dan(Utara). Bukan apa, takut tak dan/sempat. Moga tahun lalu kita akhiri dgn istighfar & mohon ampun maaf kpd manusia & Allah SWT - Rabb & Ilah kita. Yang baik - kita teruskan & tingkatkan lagi kuantiti & kualiti; yang buruk/lemah, kita jadikan sempadan, usah dibuat lagi & perbaiki segera, agar hidup kita yg singkat ini semuanya jadi baik-cemerlang-soleh-bahagia belaka.
AZAM TAHUN BARU (dua-dua sistem: Hijriyah & Masihi):
Secara ringkas sahaja - huraiannya dlm kepala aku; jg dicatat dlm laptop aku. Aku tulis ni ikut kemampuan aku...baaanyak yg lemah lagi. Lain orang lain kemampuannya. Namun, aku berazam tingkatkan & selalu buat penambahbaikan,insyaAllah. Mana yg baik & sama dgn anda, ambillah & sama2 kita buat; mana yg kurang/tak sesuai,anda ubahsuailah ikut situasi & kondisi anda masing-masing, ok?
1. Aspek Rohani/kejiwaan
- buat semua yg wajib & jauhi/tinggalkan semua yg dilarang, tambah yg sunat-sunat & elakkan yg makruh;
- solat 5 waktu di awal masanya, jika mampu, secara berjamaah - minima 1x 1hari,
- baca Al-Qur'an setiap hari - minima 5 muka surat(ms) sehari; cuba khatam sekurang-kurangnya 2 kali (1 kali bulan Ramadhan & 1 kali bulan2 lain);
- puasa sunat? aduuh yg ni lah yg paling aku lemah. Jadi aku berazam setakat minima 2-3 hari sebulan sahaja - sama ada Isnin,Khamis atau tengah bulan;
- zikir/wirid - minima 100x (tasbih,takbir)setiap kali solat fardhu. Aku target 1000x sehari di Makkah dulu, aii payah juga...tapi boleh buat,jika ada kesungguhan,insyaAllah.
Ini dulu..amalan2 lain, tambah pelan2.
2. Aspek Fizikal/Jasmani (E.A.R.N.=Exercise, Attitude (+), Rest, Nutrition)
-senaman: 2-3 x seminggu. Dulu aku biasa main badminton - la ni kena gout,maka gantunglah

raket tu..; main ping pong - masih boleh lagi, kawan2 ajak main kat Kulim CRC (Chinese
Recreation Club) tiap Jumaat mlm - aku belum buat keputusan lg. Silat & Taekwondo -
seminggu 1x- alaa biasa la, gurulatih & penasihat je...anak murid tumbuk 10x, kita 2-3 x
jer...dah tu nak peluh camner? Oh ya, berenang - hobi baru yg aku & kawan2
belajar/berkursus tahun lepas. Fuh, baru tau belajar berenang "katak"(istilah org kampung..)
...istilah rasminya "kuak dada". Habis kuak dada separuh hari..kami pakat2 kuak "lentang" 1-2
jam,hi3. So, aku nak maintainlah: silat & taekwondo, & berenang. ping pong - jika sempat,aku
pergi. Walking/jogging mengkalu dan. Hujung2 minggu/cuti umum, aku nak pi kebun buah
naga kami..tebas,boh baja,trimming dsb..ni pun teruk jg jk tiada pembantu2.
- attitude @ Positive Mental Attitude (PMA) ni aku kira aku ok lah. Cuma tak positif sebab tak

buat exercise secara consistent..tu ja. Kekadang je aku stres bila musim kerja keras -
Konvo,ISO, peperiksaan & juga tekanan kewangan bertubi2. Biasanya, aku steady jer..hu3.
- Rehat? - ok la setakat ni. Tidur senang...letak je kepala, pi! Dah tu ada lagu lagi...ha3. Tgh2

malam, kadang2 ada kuliah tambahan lg..bini aku tau lah.
- makan minum: halal,bersih,seimbang (kelas makanannya),cukup (jgn lebih..la ni byk lebih...ni

payah ni), banyakkan minum air bersih (buang toksik),lebihkan buah2an & sayuran (elak
sembelit) & makan ikut masa (elakkan gastrik). Makanan tambahan/supplements spt.
vitamin2- ni aku jaga, selalunya ok. Disebabkan gout, kenalah aku jaga pantang - daging
merah,makanan laut, organ dalaman & kekacang. Subhanallah, baru sedar nikmat makanan
ni...alahai.
3. Aspek Intelek/Mental
-aku cadang nak daftar PhD tahun ni,bersama bini aku..sama2 buat separuh masa...wow, 7

tahun yo. Tapi dan lah pencen kut...insyaAllah jika panjang umur.
-bacaan : setakat ni aku boleh maintain bacaan ringan (novel/fiction) & bacaan berat (non-
fiction) dlm sebulan 1-1 buku,insyaAllah. Majalah2- memang aku beli 3-4 majalah kegemaran
spt. Bela Diri, Majalah-i, Anjung Seri (isteri aku langgan), Majalah PC dan mana2 yg ada isu
menarik. Akhbar? - selalu aku beli The Star, ankku beli Berita Harian, bini aku beli Harian
Metro,kadang2. Akhbar2 mingguan jg aku beli spt Harakah, Siasah & Wasilah. Aku suka baca
dari semua sumber supaya penilaian aku tak berat sebelah.Semua ni aku akan maintain,
insyaAllah.
-Azam tambahn: up-date blog lebih kerap - 1-2 minggu sekali? aku akan cuba. Bila baca blog2
orang lain, rasa seronok, tapi bila kita nak mula menulis...huh kelam kabut dibuatnya. Aku
cuba nak menulis buku. 2 bentuk: 1) non-fiction atau koleksi esei/rencana- dlm laptop aku
ni,ada berbelas artikel yg belum diedit , dan 2) motivasi - ni pun banyak dlm bentuk
powerpoint,belum sempat diedit juga. Penulisan kreatif? - minat juga nak menulis.
Alhamdulillah,baru2 ni aku ikuti kursus yg mana fasilitatornya ialah Prof. Madya Umi Kalthum
Ngah, dari USM. Beliau dah tulis 5 buah novel...waduh..pensyarah kejuruteraan,tapi boleh tulis
bahan kreatif! Aku juga nak cuba2 tulis...kawan2 yg dah cekap tu,bantu2 lah aku ya?
Rasanya cukup dulu azamku secara ringkas. Nak karang bnyak,tak terbuat pula. Aspek2 lain seperti emosi-sosial, kekeluargaan,kewangan dll. biarlah aku simpan dlm laptop aku ni dulu..ada masa kita kongsi nanti, insyaAllah. Moga Allah SWT beri kekuatan padaku utk mencapai semua azamku tahun ni & tingkatkan lagi aku menjadi hambaNya yg diredhai,aamiin.
Jumpa lagi...
Ulasan
Terima kasih, sudi singgah ke blog saya...
Apapun, teruskan menulis, ya?
Moga tercapai segala yang dicita-citakan...Amin.
Wasalam
Terima kasih kembali.
InsyaAllah saya akan terus menulis...harap puan dpt beri semangat & bimbingan kpd kami yg masih "hijau" dlm arena penulisan kreatif ni.