Langkau ke kandungan utama

Selamat tinggal Ramadhan 1429H/2008M...aduh sayunya



Alhamdulillah, kini tamatlah kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun 1429H/2008M. Perasaanku bercampur baur antara gembira & sedih. Banyak yg berlaku sepanjang Ramadhan kali ini:

A. Gembira kerana :

1. dapat puasa penuh tahun ini - namun pastinya banyak lagi yang boleh diperbaiki & ditingkatkan. Kan iman kita turun & naik? InsyaAllah, kita sama2 berazam membuat penambaikkan pada tahun2 mendatang.
2. khatam Al-Qur'an
Keluarga besarku (kami namakan KADI= Keluarga Hj Abdullah Dan Hjh Ishah), seramai 46 org terlibat dlm program ini, ada di Kedah, P. Pinang, Lumut, Lembah Kelang & washington, Amerika Syarikat (USA). Program ini dicadangkan oleh Kak iparku. Tahun ini kali kedua kami buat sebegini. Tahun lepas, aku susun jadual/bahagian bacaan. Tahun ini, anak sulung & anak ke-3 aku yg susun, war-warkan & membuat follow-up .
Tahun lepas,kami guna handphone,melalui speaker - utk contact anakku yg ke-5 di Bandung, Indonesia semasa membaca surah gilirannya. Tahun ini, dia sempat balik, jadi alhamdulillah, dia bersama dlm majlis tersebut.
Kami buat majlis khatam pada 29 September lepas di rumah ayah-emak kami di TG, P. Pinang. Hampir 30 org hadir mlm tu, dibuat selepas solat Tarawih. Ayahku tekong, aku Pengerusi majlis & ankku yg ke-7 membaca doa khatam.
Bagaimanapun,masih kurang sempurna tahun ini, kerana masih ada yang tak sempat habis baca,walau dah dekat khatam. Jadi beberapa anak saudaraku & anakku berhempas pulas dlm satu hari habiskan yg tak selesai. Diharap pada tahun2 depan, kita sama2 berazam kuat utk sama2 bersungguh menghabiskan bahagian masing2.
Tujuan kita utk melazimkan (membudayakan) & mempunyai komitmen dlm tadarus al-Quran pd setiap tahun, sehinggalah kita dipanggil oleh ALlah SWT, insyaAllah. Malah,disambung sepanjang masa, selepas Ramadhan. Kita sama2 sedia maklum, Al-Qur'an adalah panduan hidup kita, dunia & akhirat...hendaknya kita selalu baca,fahami maknanya, pelajari tafsirnya & hayati dlm kehidupan kita, insyaAllah. Moga kita jadi org2 yg bertakwa. Rujuk Surah Al-Baqarah: ayat 1-5.

3. Hari Raya - anak2 kami balik penuh pada tahun ini - kesemua 7 org, alhamdulillah. Tahun lepas, 2 org tak dapat pulang - sayu je. Tahun ini gumbira hati kami. Dapat puasa 2-3 hari bersama & berbuka bersama. pastu, Raya bersama..syoknya!

B. Sedih kerana:


1. meninggalkan Ramadhan al-Mubarak @ Kareem
Yalah, entah sempat atau tidak kita akan berjumpa Ramadhan pd tahun2 akan datang. Bulan yg penuh keberkatan & kemuliaan. Bulan yg seluruh dunia Islam sama2 berpuasa,menjaga perkara2 yg membatalkan puasa, & memperbanyakkan amalan2 soleh spr solat jamaah, solat Tarawih, tadarus AQ, berzikir, memberi sadaqah dsb. Bulan "madrasah Ramadhan" - latihan intensif mendidik jiwa mentaati Allah SWT,Ilah & Rabb kita semua. Kalau solat - latihan harian; hari Jumaat - latihan mingguan; maka puasa - latihan sebulan dlm setahun; sementara haji - latihan sepanjang umur kita. Inilah kecantikan ajaran Islam yg kita anuti.


2. ada kematian kawan-kawan - sekurang2nya 2 org yg aku kenali. Seorang bekas Pengetua aku - kematian dlm kemalangan jalanraya di Sitiawan. Seorang lagi bekas pendidik di IP Persekutuan, PP. Kedua2nya baru pencen 1-2 tahun...waduh, akupun tak lama lagi tu...Sama2 kita baca al-Fatihah utk disedekahkan kpd ruh mereka,agar dirahmati Allah SWT.

Harapanku : agar Allah SWT panjangkan lagi umur kita sehingga Ramadhan2 akan datang; agar kita sama2 dpt menambah ibadat2 & amalan2 soleh sebanyak mungkin. Nikmat2 yg Allah SWT beri pd kita cuuukup banyak..tak terhitung kita. Tapi, setakat mana kita bersyukur dgn membuat segala amalan baik & meninggalkan amalan2 dosa & mungkar? Sama2 kita kenangi selalu..moga kita termasuk dlm golongan org2 yg sentiasa bersyukur, aamiin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...