Langkau ke kandungan utama

Anak-anak Konvokesyen 2008


Alhamdulilah, anakku yg ke-3 (perempuan), baru saja grad dari Universiti Malaya (UM) pd 7hb Ogos yg lalu. Dia merupakan anak pertama kami, yang dapat Ijazah Sarjana Muda melalui konvo kali ini. Dia fresh graduate, tak pernah kerja secara rasmi - tak rasmi tu, adalah dia tolong2 bapa saudaranya di kedai alat tulis. Sehingga kini dia hanya dpt tawaran kerja sementara di sebuah NGO, mula lapor diri selepas Raya Aidil Fitri nanti. Lepas tu, tak tahu lagi ke mana & bila dia akan dapat kerja tetap. Didoakan agar dia dapat kerjaya yg sesuai dgn minat & bidangnya, dalam suasana persaingan yg semakin hebat. Juga kerjaya yg membolehkan dia terus bekerja membangunkan Islam dalam masyarakat sebagaimana yang dia mahu & menjadi azamnya. Kami,ibu bapa hanya berdoa & membantu sekadar yg boleh memenuhi hajatnya itu.


Anak sulung kami (lelaki) dulu dpt Diploma ICT dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR); kerja setahun & sambung belajar -insyaAllah dengar Konvo bagi Ijazahnya pd November nanti. Alhamdulillah,rezekinya murah, sebaik saja tamat belajar Julai lepas, rehat seminggu di rumah, pergi temu duga, terus dapat kerja. Tempatnya di kilang besar proses minyak masak di Perai, sebagai Pegawai ICT. Gajinya sesuailah dengan fresh graduate. Setakat ini, katanya agak mencabar kerjanya, kerana terpaksa menjaga (maintainence) semua komputer di seluruh kilang itu. Staf bawahan tidak ada, hanya Pegawai atasan seorang. Namun, aku yakin dia boleh tahan cabaran itu kerana dah ada pengalaman bekerja sebelum ini. Masih berulang alik ~20km setiap hari dgn "kapcai" (Honda Wave 100cc)nya. Biarlah susah sikit, kita akan beringat selalu nanti.

Aku dulu pun dah 2 tahun kerja,baru beli kereta 2nd hand - Toyota Corolla KE30. Tahaaan ooo...5 tahun pakai, leh bawa balik dari Sabah melalui Feri Malaysia lagi masa tu; untuk diketuk & dicat dan bawa semula ke sana. Adventure dulu...nantilah,panjang umur aku cerita bab ni saja.


REFLEKSI:

1. Rasa seronok & bangga juga tengok anak dpt scroll di atas pentas di Raja. Ye lah dia penat lelah belajar; kita penat menyara & mengurus hal ehwal dia selepas SPM - 2 tahun di Nilam Puri,Kelantan & 3 tahun di UM, K. Lumpur. Alhamdulillah, berjaya akhirnya. Terpulanglah padanya nak sambung belajar atau tidak. Apapun,aku dah bagitau dia, "sambung2 belajar duit sendiri tau. Abah cadang kerja dulu apapun,kumpul duit - nak kahwin lah,beli keretalah dll..."

2. Sesuai dgn peribahasa :
"Berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian;
Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian."
- memang dah rasa betulnya.

3. Motivasi, semangat belajar & ingin berjaya mestilah sentiasa dibajai selalu. Seperti mana menanam pokok, air & baja perlu disiram selalu,baru subur & dapat hasilnya,insyaAllah.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
well its nice to know that you have great hits here.
Pak_Anjang berkata…
Thank you..u got nice biz...too.

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...