Langkau ke kandungan utama

Emakku buta huruf

Ya, emakku seorang yang buta huruf. Dia tidak tahu membaca, menulis, malah tanda tangan juga tidak tahu - rumi atau jawi. Ayahku hanya boleh jawi sahaja. Emakku menyalahkan bapa tirinya yang tidak mahu menghantarnya ke sekolah pada tahun 50an, lantaran kononnya, wanita ketika itu jika pandaipun,tidak akan ke mana - ke ceruk dapur jua. Tukku (nenek)- sebelah emak, adalah seorang mualaf - asalnya Cina kaum Teo Chew. Dia amat menyayangi emakkku,tetapi dek kerana takut kepada tok wanku (datuk) yang dikatakan sangat garang, maka emakku hanya kerja di rumah, menolong tukku yang menjual nasi berlauk.

Namun, kerana kesungguhannya ingin berjaya mendidik kami 9 beradik,ayah dan emakku berniaga makanan sejak sebelum aku dilahirkan hinggalah kini. Alhamdulillah, umur ayahku 77 tahun dan emakku 70 tahun..masih sihat secara umumnya (sakit sendi dsb, biasalah).

Daripada 9 orang adik beradik (aku anak ke-4,seorang meninggal sewaktu kecil), 5 orang daripada kami dapat belajar hingga IPTA, dengan ijazah/diploma. Abang sulungku,walau asalnya pegawai tentera lulusan RMC (MTD) Sungai Besi (keluar dengan SPM dan pangkat Leftenan Muda (Udara)) - tetapi kini telah punyai Diploma & Sarjana (luar negara pulak tu.., kini Kolonel). Hanya 2 orang sahaja kakakku setakat SPM, itupun kerana terpaksa berhenti untuk membantu emak-ayahku mencari duit menyara keluarga.

Selain kejayaan anak-anak, emak-ayahku memiliki 5 bidang tanah & 15 buah rumah sewa (cara kampung saja). Mereka juga selalu menolong orang kampung yang perlukan wang,dengan menggadai (tanpa bunga/faedah) barang kemas. Mereka juga selalu membayar zakat, & memberi derma/sedekah kpd berbagai badan/orang perseorangan.

Refleksi:

Aku bangga kerana walaupun emakku buta huruf, tetapi matahatinya tidak buta, otaknya bergeliga, dan hatinya baik. Sehingga kini, kami anak beranak masih tidak dapat menandingi bilangan hartanya, walaupun majoriti kami adalah graduan & telah bekerja puluhan tahun.Pokoknya, usaha tangga kejayaan. Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

Ulasan

Unknown berkata…
Jangan lupa tiga beradik menjual laksa dan rojak untuk menolong keluarga serta duit belanja sekolah..........

Pak Long
Pak_Anjang berkata…
Ya...betul Pak Long. Nak recall puluhan tahun ni,kadang tu PaK Anjang pun kelabu2 asap dah...maklumlah, uban makin banyak...he3.
Pak Long boleh tulis panjang2 lg kalau ada masa...leh jadikan sejarah utk anak cucu kita,kan?

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the mach...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...