Langkau ke kandungan utama

Tangisan Gaza & Laungan Syria di P. Pinang

Assalamu'alaikum,
Esok, 22 Disember 2012 (Sabtu) mula jam 200 ptg hingga 900 malam...Aqsa Syarif Pulau Pinang bersama Pertubuhan IKRAM Negeri P. Pinang akan menganjurkan program "Tangisan Gaza & Laungan Syria" (TGLS) di Padang Kota Lama (Fort Cornwallis), P. Pinang.


Banyak aktiviti yang kita anjurkan:
1. Konvoi motosikal & kereta dari seluruh 5 daerah P. Pinang - kena rujuk IKRAM Daerah masing2,  jam berapa mereka mula;
2. Kutipan derma Palestin & Syria;
3. Penampilan Khas, duta Aqsa Syarif & OIC ke Gaza, Aflin Shauki;
4. Pertunjukan Silat,
5. Menunggang kuda;
6. Gerai makanan & minuman;
7. Pameran;
8. Paintball;
9. Tayangan video;
10. Solat Isyak & Hajat berjemaah;
11. Kempen tanda tangan;
12. Lukisan/catan grafiti;
13. Aktiviti lain yang mungkin ad-hoc....

Jadi, datanglah beramai-ramai esok. Mereka yang tinggal di P. Pinang/Seb. Perai, luangkanlah masa bawa keluarga, & ajaklah sanak saudara, sahabat handai untuk turut serta ke sana. Lagi ramai, lagi meriah. Jika ada sesiapa dari luar negeri P. Pinang yg sedang melawat/melancong ke P. pinang, hah elok sangatlah berkunjung ke Karnival ini...insyaAllah, pengalaman ini akan ada kesan positif kepada keluarga kita dalam perjuangan kita membantu rakyat Palestin & Syria yang dizalimi & ditindas berterusan.

Jom mari kita bantu mereka sedaya mampu kita. Allahu akbar walillahil hamd.

Penganjur Tangisan Gaza & Laungan Syria

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...