Assalamu'alaikum, Esok, 22 Disember 2012 (Sabtu) mula jam 200 ptg hingga 900 malam...Aqsa Syarif Pulau Pinang bersama Pertubuhan IKRAM Negeri P. Pinang akan menganjurkan program "Tangisan Gaza & Laungan Syria" (TGLS) di Padang Kota Lama (Fort Cornwallis), P. Pinang. Banyak aktiviti yang kita anjurkan: 1. Konvoi motosikal & kereta dari seluruh 5 daerah P. Pinang - kena rujuk IKRAM Daerah masing2, jam berapa mereka mula; 2. Kutipan derma Palestin & Syria; 3. Penampilan Khas, duta Aqsa Syarif & OIC ke Gaza, Aflin Shauki; 4. Pertunjukan Silat, 5. Menunggang kuda; 6. Gerai makanan & minuman; 7. Pameran; 8. Paintball; 9. Tayangan video; 10. Solat Isyak & Hajat berjemaah; 11. Kempen tanda tangan; 12. Lukisan/catan grafiti; 13. Aktiviti lain yang mungkin ad-hoc.... Jadi, datanglah beramai-ramai esok. Mereka yang tinggal di P. Pinang/Seb. Perai, luangkanlah masa bawa keluarga, & ajaklah sanak saudara, sahabat handai untuk turu...
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Hidup yang singkat eloknya dipenuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini penuh dugaan & cabaran. Hadapi ia dgn penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan & kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yg beriman,& bertakwa. Moga kita semua tergolong dlm golongan ini, aamiin.