Salam,
Tanggal 16 Oktober 2010 jam 10.46 pagi, aku menerima satu sms. Sms ini dari Dr. Abd. Hamid Mat Sain, pakar O&G di Columbia-Asia Hospital, Seremban, rakan sekelasku di SMSPP 1976-77, Tingkatan 4 Biru & 5 Biru (kelas terbaik la masa tu..hu3).
Sms berbunyi (tanpa edit bahasa/ejaan): "Innalillah.. ab idros, president alumni smspp alspen meninggal dunia 3 pg tadi dgombak, janazah akn dkebumikn lepas zohor. Tlg sebarkn. Salam.".
Terkejut aku, " ih ya ka? tak taupun dia sakit", getus hatiku. Aku call Dr Hamid utk confirm, barulah dimaklumkan beliau kena barah buah pinggang (kidney cancer), masyaAllah. Macam mana kita semua tak tahupun? Memang dia tak bagitau sapapun, mungkin keluarga dia sahaja. Malah semasa 2-3 kali mesyuarat ALSPEN, dia tak cerita apapun. Lepas 2-3 kali mesyuarat tu, baru aku ada dengar dia tak sihat. Terkilan aku tak tanya lebih lanjut sakit apa, ingatkan demam pening sahaja. Ah, inilah sikap sambil lewa kita manusia, astaghfirullahal 'adzim...
Selang tak berapa lama lepas tu, handphone ku berbunyi nada sms lagi...2 lagi sms, dari Roziah, rakan sekolah, kelas berbeza tapi sama-sama masuk SMSPP/SMSTSSS sejak 1973 hingga 1979 (Matrik USM); dan satu lagi sms dari Zainol Md Desa, junior aku setahun, salah seorang AJK ALSPEN. Kedua2nya dengan isi hampir sama, ditambah dengan saranan membaca al-Fatihah. Begitulah prihatinnya rakan-rakan tentang kematian YDP/Presiden mereka.
Allahyarham Mohd Idros ini, saya kenal sewaktu beliau di Tingkatan 4 (baru daftar masuk), di mana waktu itu saya dan rakan-rakan dalam Tingkatan 3. Kami sama-sama aktif dalam Persatuan Silat Seni Gayong, ketika mula ditubuhkan di SMSPP/SMSTSSS pada 1hb Mei 1975 (aku ingat kerana pada hari itu cuti Hari Buruh/Pekerja & kami menjalani upacara"mandi tapak"). Hampir 200 orang pelajar yang turut menyertai silat Gayong pada tahun itu dan pada tahun 1976 kami sama-sama ambil ujian Bengkung Pelangi Hijau. Sama-sama lulus,alhamdulillah. Pasangan saya ketika itu ialah Saudara Mohd. Faizal Ariffin (gelaran Mafia).
Daripada 200 orang itu, akhirnya hanya tinggal 4 orang sahaja - Jamalludin Ahmad, Mohd. Idros Hanafiah, Mohd. Zaiki Arifin, dan aku sendiri - yang berjaya mendapat Bengkung Pelangi Merah pada tahun Julai 1979 [lihat gambar aku terima Bengkung dariapada Dato' Meor - lecehnya sudut foto dari belakang, hu3] , daripada Allahyarham Dato' Meor Abd Rahman Daeng Uda Hashim, Mahaguru PSSGM di padang SMSPP/SMSTSSS. Kami berkursus di rumah Gurulatih Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher) di Paya Keladi, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Setelah aku ke Matrik 2 USM, kami berempat serta beberapa rakan lain, cuba memohon PSSGM ditubuhkan di USM. Aku yang membuat kertas kerja, diedit sikit-sikit oleh kawan-kawan, dan dihantar ke pihak HEP & Pendaftar USM. Malang, permohonan kami ditolak, atas alasan sudah ada 2 buah persatuan silat Melayu (Cekak dan Lincah). Foto-foto menunjukkan Allahyarham Idros (berkopiah & berjanggut), rakan-rakan Jamalludin Ahmad, Amran Ahmad,Yusof , gurulatih-gurulatih - Cikgu Taher, Cikgu Said & seorang lagi guru penadihat SMK Datuk Hj Ahmad Badawi, Kepala Batas - dan juga aku [masa tu kurus lagi...aktif silat, he3; pinggang 29 inci - la ni 40 inci! sebab tu, maintain latihan fizikal wahai anak-anak dan adik-adik sekelian]. Allahyarham ambil bidang Housing, Building & Plannning (HBP) sama seperti Saudara Jamaluddin Ahmad, rakan baiknya ketika itu. Beliau berpakaian begitu kerana mengikuti Jamaah Tabligh pada masa itu.
Selepas graduate dari USM (beliau 1983 dan saya 1984), kami jarang bertemu, sehinggalah baru tahun ini apabila Allahyarham menghubungi saya untuk memperbaharui persatuan alumni SMSPP/SMSTSSS. Persatuan Alumni ini telah mati 2 tahun, dengan Pengerusi terakhir ialah rakan satu batch aku juga. tapi disebabkan masing-masing sibuk, persatuan mati pun tidak sedar. Ketika itu, rupa allahyarham dah berubah, lebih kemas dan nampak ciri-ciri ahli korporat. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk menubuhkan kembali Persatuan Silat Seni Gayong di SMSPP/SMSTSSS (sekarang ni tak ada lagi ke? - aku kurang pasti...). Aku menyokong saja...maklumlah aku kan dulu Pengerusi PSSG SMSPP tahun 1978-79, semangat tu masih membara yo!
Begitulah, sedikit kisah rakan dan pimpinan ALSPEN pertama ini, usianya tidak sempat lama...tak sampai setahun kepemimpinannya, beliau terlebih dulu dipanggil oleh Allah SWT menemuiNya. Beliau seorang yang tidak bercakap banyak, sebab itulah kamipun tak tahu yang beliau sakit selama ini. Beliau juga rajin dan bekerja kuat, berjumpa pelbagai pihak untuk memastikan ALSPEN tertubuh. Saya hadir 2 kali mesyuarat -sekali di Hotel Sunway & 1 lagi di pejabat Pengetua SMSTSSS. Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat agung diadakan (saya tidak hadir hari itu kerana out-station, hanya isteri hadir) dan tertubuhlah persatuan ALSPEN ini. Kesungguhan allahyarham akhirnya berbuah...hendaknya kita yang masih hidup ini, teruskanlah aktiviti dan moga semakin berjaya, membantu adik-adik/anak-anak pelajar di SMSPP/SMSTSSS yang sama-sama kita sayangi.
Kepada allahyarham, kita sama-sama hadiahkan al-Faatihah.

Berdiri dari Kiri: Cikgu Taher, Cikgu Said, Cikgu ?, Yusof. | Duduk dr kiri: aku, allahyarham Mohd. Idros, & Amran Ahmad |

Ulasan