Langkau ke kandungan utama

Safar ke Mesir Bumi Anbiya' Siri 1

Alhamdulillah, saya dan isteri telah diberi nikmat oleh Allah SWT menziarahi negara Mesir, bumi anbiya' pada 29 Nov 2010 hingga 12 Dis 2010 yang lalu. Kami ke sana apabila visa kami ke USA TIDAk diperolehi sehingga saat2 akhir tarikh penerbangan pada 18 Nov yg lalu. Adik saya, Mansor & isterinya telah meneruskan trip mereka TANPA kami, walaupun kami sama2 pohon visa, mereka dapat, kami tersangkut. Kenapa? Wallahua'lam...sehingga sekarang masih tak dapat. Geram, marah, kecewa...akhirnya "tak bagi sudah, akupun tak hingin p negara hangpa- aku nak pi negara lain, padan muka hangpa!"- seranah hatiku. (Tapi ikhlasnya, kalau kami dapat, insyaAllah teringin juga kami nak tengok tempat depa...hu3).

Ada la tu HIKMAH kami tak dapat pergi ke Washington, US...nasihat ibuku & adik beradikku, walaupun ada yg perli  "hai, dah balik dah ke dari US?". Dengan selambanya aku jawab "Daaah...sejuuuuk sangat, tak tahan". Dalam hatiku : " aku lesing kang!" ( he3 melawak je). Alhamdulillah, berlalu Jumaat minggu ke2 Nov tu, aku terus buat keputusan ke Mesir (setelah dipertimbang 3 negara: Mesir, Yaman & Syria). Kami terus uruskan tiket, contact person di Cairo & bersiap pakaian dan sebagainya.

 Di Baharain - aku belajar juga B. Arab sepatah dua
 Kami berlepas dgn Gulf Air pada 28 Nov dari KLIA dan transit di Bahrain, tidur semalam di Hotel Frsan. Perkhidmatan GulfAir, bagi aku, kira OK. Kapalterbang Airbus A330, pilotpun bagus...masa "take-off" & "landing" tak bergegarpun. Makan...oklah cara 'Arab kan. Ada skrin video & audio di depan dgn berbelas saluran...dari bacaan AQ, hinggalah filem aksi & lawak US, Arab, Filipino, & kartun (Melayu tak ada-kenapa? lu fikirlah sendiri...hm2). Di Bahrain, yg teruknya, security >teruk drp Malaysia, dah tu kena Q-up sampai 1 1/2 jam untuk aturkan hotel...isy3, apalah susahnya. Kita dah letih, duduk 6-7 jam..tiba2 beratur sambil berdiri sejam setengah! Masa kami terbang tu, hangpa dah ada senarai penumpang, proses la...elok2 landing, hantar terus ke hotel. Di"print" nya "resit" masuk hotel 2 - 4 org..sekeping2...pakai dot-matrix printer....alahai..yg dok tunggu beratus org, rasanya 2 flight dari berbeza tempat. Hotelnya seperti 3 bintang Malaysia saja. Malangnya air minuman dlm bilik tak ada! Tipon tanya, sebotol 1.5l =DB1= USD3 (x3=RM9!). Baru kami sedar, nilai dinar Baharain 3x ganda USD & 9 kali ganda RM...wow kaya depa.


Terminal 3 Cairo International Airport
Esoknya kami terbanglah ke Cairo...tak lama 3 jam je (mcm kami pi KL-Kota Kinabalu dulu). Sampai di sana, alhamdulillah, security simple je &  Imigresen cepat..automatik visa 2 minggu. Tunggu >< 20 minit, "musyrif" (pemandu pelancong) kamipun sampailah- Ustaz Hafiz Abidin. Rupanya diapun dah kenal saya melalui Facebook & sayapun kenal dia melalui Blog PMRAM / BKPPPM ( http://bkpppm.blogspot.com/ ).

Ruang rehat Homestay Baitul Hasanah
Kami dibawa terus ke Rumah Kebajikan anak Yatim (Baitul Hasanah=BH) di Sabeq, kira2 40 minit dari lapangan terbang. Alhamdulillah ada kafe di tingkat bawah sekali, homestaynya di Tingkat 3. Anak2 penghuni BH dengan cepatnya membawa terus bagasi kami ke bilik.  Biliknya selesa & "bathroom-attached", walaupun asalnya bangunan itu lama, namun telah di"renovate". Setelah pekena teh tarik (ala...macam di Malaysia pulak...) & berkenalan dgn "tuan empunya rumah" (mereka sewa LE14,000~RM11,000  sebulan!), En. Dhuha (org Ptg Pauh, P. Pinang) & isterinya org Pahang, serta anak2 di situ, kamipun naik membuka bagasi sambil berehat2...


Bersama musyrif kami- Us Hafiz Abidin
 Us Hafiz Abidin ni orang Sungai Bakap, P. Pinang..jadi mudahlah kami bersembang dan dengan cepat kami "ngam". Dia sudah 4 tahun di sini & fasih dgn bahasa 'Ammi (Arab pasar). Awal2 ni kami dengar & perhatikan gelagat masyarakat di sini.

Isteri di hadapan Baitul Hasanah  

Kami masih "mabuk" (jet-lag) dengan perbezaan waktu, selama 6 jam di sini. Saya mula mengantuk jam 7 malam di Mesir ( 1 pagi di Malaysia). Malam tu kami tidur jam 830 malam. Isyak jam 6.30 mlm di Cairo. Bulan2 sejuk di sini, malam >panjang dari siang...tidur puaslah,alhamdulillah. Sementara nak biasa...

Pagi esoknya aku bangun awal & susah nak lelap dah (4.30 pagi Mesir, 10.30 pg Malaysia). Lepas sarapan di kafe BH, kami telah bersedia untuk meneroka sedikit sebanyak bumi Mesir, bumi anbiya'...yang kaya dengan sejarah perjuangan para Rasul & banyak disebut di dalam Al-Quran. Doa kami moga safar kami diberkati Allah, selamat di sini & pulang nanti, serta tercapai hajat di hati, insyaAllah.







 

Ulasan

Syabab Muhsin berkata…
ahsanta...moga bermanfaat...
Pak_Anjang berkata…
terima kasih Syabab Muhsin...anta bila lagi nak ke sana? jom!

Catatan popular daripada blog ini

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the mach...