Langkau ke kandungan utama

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu (siri 1)

Salam semua,

Sebaik sahaja aku tamat pengajian di USM, P. Pinang., sekitar Mei 1984, aku dan isteri mendapat surat posting/penempatan pertama ke Sabah, negeri di bawah bayu (Kenapa gelaran ini? akupun kurang pasti...ada kaitan dengan pelancongan aku rasa, dulu iklannya "Land Below the Wind"). Mak mertuaku bising2 tak bagi pergi, "ntah hutan mana kena pi satgi", katanya. Berbeza dengan ibuku, dia kata "Pi lah Mae oi, ulat dalam batupun boleh hidup..", dia bagi semangat lagi. Aku dan isteri pasrah, walaupun agak risau sebab akan membawa 2 orang anak kecilku - Umar al-Mukhtar ("Umar Otai" -disebut namanya kecil2 dulu) dan Muhammad (Ramadhan) -"Mat Adon"- katanya kecik2 dulu,he3).

Aku cuba juga buat surat rayuan (ambil hati mak mertua) minta penempatan di Semenanjung, khususnya sebelah Utara. Kami pergi jumpa sendiri pegawai berkenaan di Kementerian Pendidikan masa tu.  Namun dia kata tak boleh tukar, malah dia tawarkan lagi tiket2 kapal terbang tambahan - 2 orang anak dan seorang orang gaji (kakak aku yang janda masa tu)...punya la nak suruh kami pergi juga. Dia juga kata kalau kami tak pergi tahun tu (1984), alamat menganggurlah tahun itu dan posting baru hanya dibuat tahun berikutnya. Jadi,kamipun pasrahlah...kepada Allah SWT diserahkan segalanya. Namun kami mohon ditangguhkan pemergian ke bulan Ogos kerana graduation kami pada bulan Julai.  Pegawai tu kata "no prob, bisa diiurus".

Kami telefon ke Jabatan Pendidikan Sabah (JPS) untuk mengetahui daerah bertugas, namun kata mereka, "datang dulu ke sini, baru kami beritahu..ini dasar JPS." Jadi, sementara tunggu posting & graduation, aku cari kerja sementara di Institut Masriyah (IM), Tanah Liat. Pengetuanya En. Yusof tak salah aku. Masa itu, IM ialah cawangan Yayasan Anda Akademik, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur- kepunyaan Anwar Ibrahim (sekarang Datuk Seri, Ahli Parlimen Ptg Pauh) masa itu. Aku diberi 3 subjek - Matematik, Sains, & B. Inggeris - 30 period, 2 buah sekolah - 1 di cawangan di Ptg Pauh. Gaji aku hanya RM400. Aduh..penat & letih, tapi bersemangat kerana pelajar2 di situ, semua Islam & merupakan pelajar ulangan SPM tahun sebelum itu - gred 3 & gagal. Semangat untuk menolong mereka yang gagal & miskin, kebanyakannya.  Aku masih ingat, antara pelajar Tingkatan 6 & menjadi Ketua Murid ketika itu ialah Mujahid Yusof Rawa (kini, Dr., ahli Parlimen Parit Buntar).  Tahun berikutnya, ketika aku di Sabah, aku dengar keputusan SPM mereka memberangsangkan, 5-6 orang dapat 1st grade & ditawarkan ke overseas! Aku tumpang gumbira!

Dipendekkan cerita, selepas Konvo, kami mula bersiap2 untuk ke Sabah pada Ogos 1984. Kami sekali lagi dipanggil ke Kementerian untuk ikuti taklimat & mengambil tiket kapal terbang. Selain kami suami-isteri, seorang lagi rakan kami sekampung & sepengajian turut sama ke sana, iaitu Cikgu Mohd. Saad Ahmad, tinggal di Pokok Tampang, Tasek Gelugor (kini Penyelia Petang SMK Guar Perahu, Bkt Mertajam). Mak aku yang takut kami kelaparan, mungkin kena posting ke hutan atau pulau mana2, telah bekalkan kami denga makanan asas - beras, tepung, gula, garam, susu pekat, rempah ratus, malah buah nyoq (nyiur/kelapa)! (ha3...aku tak nak bawa, tapi dia berkeras "bawa pi lah, satgi hangpa lapaq, nyoq tak dak, nak masak gulai/kari macam mana?"). (La ni hangpa gelak la...masa tu kami tak tau apa tentang Sabah, sapa pun di kampung aku tak besa pi..ada sorang, Ustaz Alias, kawan ayah aku p tapi takdak nombor telefon & jarang2 balik...).
Akhirnya kamipun pi la ke Kuala Lumpur pada 12 hb Ogos 1984, bermalam di rumah abang aku & pada 13hb Ogos kami terbanglah melalui Lapangan Terbang Subang ke Kota Kinabalu...penerbangan kali pertama kami..yahoo!
Pergi dengan penuh semangat untuk menjadi seorang guru siswazah bertauliah. Namun rasa juga risau, ya lah negeri jauh dari kampung halaman, jauh dari keluarga & rakan taulan...negeri yang tak pergi dijejaki, dengan budaya & adat resam yang pasti berbeza & asing dari tempat sendiri. Aku pegang pada petua emak aku: "Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali"; " Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau, menguak".

Dengan petua2 itulah, alhamdulillah kami hidup aman damai, selamat sejahtera selama 10 tahun di sana & kembali semula ke Semenanjung, negeri aku sendiri - Pulau Pinang, pada tahun April 1994.

InsyaAllah, nanti aku cerita kisah2 kami mula  sampai di Kota Kinabalu, kemudiannya ke Ranau, Camaeron Highlands of Sabah- dalam siri2 akan datang. Jumpa lagi!

Ulasan

Dennis Ma berkata…
Ranau lagi best daripada cameron highland oo..
Tanpa Nama berkata…
Salam... Bestlah cikgu baca pengalaman pertama nak pi sabah. Tak sabar mau baca cerita selanjutnya. Klu tidak cikgu pasrah ke sabah, pastinya tidak merasa kedinginan sang bayu terutama Ranau...
Mohamad Asri berkata…
Cikgu,
more..more..more..hehe
Pak_Anjang berkata…
Dennis Ma, Anonymous & Mohamad Asri: Maaf, baru membalas hari ini....baru sehari dua ni berazam utk menulis sebanyak mungkin pengalamanku agar warisanku & sesiapa sahaja dapat pengajaran darinya. Yg baik,jadiakn teladan...sebaliknya yg biruk, jadikan sempadan. Doakan saya beroleh kekuatan utk merealisasikan azam saya ini, insyaAllah.
irman_rahs berkata…
Tahniah!! amat menarik pengalaman ini dan dapat dirakamkan untuk menjadi panduan mereka-mereka yang merasa gusar hidup di Sabah.

jom singgah blog saya www.jomsehatsekaki.blogspot.com

terima kasih

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi >< gelen="~30liter?"> Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, meng

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the machin

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj