Langkau ke kandungan utama

Aku dah jadi Tuk Wan...

Salam,

Alhamdulillah, tanggal 8hb Mac 2010, jam 7 pagi lebih maka lahirlah seorang insan baru ke dunia, seorang putera, 3.60 kg ( > besar dari abahnya dulu, 3.36kg) ke dunia ini,di Hospital Teluk Intan, Perak. Bertambahlah tanggung jawab & amanah kepada abahnya. Abahnya, anak lelaki keduaku. Maka automatik aku dah jadi "tuk wan" (istilah orang Utara) dan isteriku "tuk" atau "mak tuk"(utk dengar lebih muda...he3).

Petang itu juga kami bersama Along & isterinya yang juga sedang sarat (mungkin seminggu dua lagi...bertambahlah cucuku) bertolak ke Teluk Intan, selepas mohon pulang awal dari pejabat. Aku sedang sakit gout,namun terbayang-bayangkan cucu pertama ini, aku gagahi diri untuk pergi juga. Alhamdulillah Along dapat bersama jadi pemandu, dengan keretanya pula. Jika tidak agak sukar untuk aku memandu dengan jarak yang agak jauh dalam keadaanku yang tidak sihat. Semasa dalam perjalanan, kami mendapat maklumat, cucu kami dimasukkan ke ICU kerana mengalami jangkitan kuman dalam darah di bahagian kepala. Kepalanya bengkak sedikit. Dalam kereta, masing-masing kami berdoa agar cucu kami dan menantu kami selamat, sihat dan segera sembuh.

Selepas kira-kira 2 jam 45 minit kamipun sampai di hospital tersebut. Angah datang menyambut kami bersama besanku, isterinya dan seorang anak perempuannya, Tahun 4. Jam 7.30 malam dan ramai pengunjung sedang bergerak keluar dari bangunan kerana masa melawat telah tamat. Kami bergegas masuk dan beritahu "pak guard" kami datang dari jauh dan mohon melawat sekejap. Nampaknya dia memahami,alhamdulillah.

Tak sampai 5 minit, kami jumpalah menantu kami. Dia kelihatan gembira tetapi nampak letih, dan sedang menahan kesakitan. Dia juga sedih dengan keadaan anak sulungnya itu. kami nasihatnya agar banyak berehat dan doa banyak-banyak. Serah kepada Allah SWT dalam keadaan seperti sekarang ni, kecemasan, kesulitan & resah gelisah. "Cukuplah Allah, sesungguhnya Dia sebaik-baik Pemelihara".

Kami menziarhinya kira-kira 30 minit,dengan isteriku memberikan nasihat-nasihat dan aku pula membacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran ke bekas-bekas minumannya, dengan doa agar cepat sembuh & dijauhkan dari gangguan makhluk halus.( Al-Fatihah, 3 Qul, & Bismilahil-lazi...) Moga Allah SWT perkenankan, amin.

Setelah itu, kami bergerak untuk melihat cucu kami di wad ICU Tingkat 1. Setelah meminta belas ihsan dari "misi" yang bertugas, kami dibenarkan masuk seorang demi seorang. Mula-mula isteriku masuk, dan kemudian aku pula. Alhamdulillah, betapa gembiranya aku dapat melihat buat kali pertama cucu PERTAMAku...memang besar saiznya & cerah kulitnya, turun kedua ibu bapanya. Mukanya "lebar", seperti kata besanku. Masa aku lihat tu, matanya masih pejam, tetapi aktif kaki tangannya..."wah, ini tentu turun abahnya dulu" getus hatiku. Memang, dalam 7 orang anakku, semasa kecil memang Angahlah yang paling "buaih" (nakal), tak boleh duduk diam. Biarlah, nanti "depa rasalah macam mana kita jaga depa dulu", kataku kepada isteriku. Bukan doa, tapi itulah hakikatnya kehidupan..."hitam putih kehidupan" sebagai manusia.

Ulasan

MAHAGURU58 berkata…
Salam tahniah Tok Wan! Semoga Tok Wan dan Mak Tok Aliya selamat menimang chayamata tak lama lagi! :D
Pak_Anjang berkata…
Terima kasih Mahaguru....rezeki Allah SWT, alhamdulillah. Cucu ke-2 coming soon...then only anak baru. Moga Allah tentukan yang terbaik, aamiin.
What about u, no new upcomings?

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the mach...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...