Langkau ke kandungan utama

Aku alumni USM Penang





Salam,

Aku menjejaki kaki ke menara gading buat pertama kali pada pertengahan tahun 1979 (?), di negeri kelahiranku sendiri, Pulau Pinang. Alhamdulillah, selepas Malaysian Certification of Education (MCE), aku dan kira-kira 100 orang lagi pelajar asal SMSPP dan juga beberapa orang dari SMS Kedah & juga SMS Perlis, dipanggil untuk mengikuti program Matrikulasi Sains USM. Kami "batch" kedua. Program ini setaraf HSC/STPM tetapi lebih menjurus ke arah pengajian kursus-kursus di USM. Matrik Peringkat 1 diadakan di sekolah dan Matrik peringkat II dibuat di kampus induknya di Minden, Penang.

Selepas tamat matrik II, saya diterima ke kursus Sains dengan Pendidikan, major Biologi & minor Pengajian Islam. Tahun 1 aku kecundang 2-3 paper,maklumlah, tak pandai study macam "siswa". Namun, aku ambil paper yang gagal itu semula pada cuti panjang semester itu juga, untuk cuba membaiki nilai kredit terkumpul (CGPA). Bila dah Tahun 3 & 4, beberapa gred A mula kelihatan pada transkrip aku.

Semasa di sana, aku aktif dalam kegiatan mahasiswa melalui Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUSM), Persatuan Pendidikan (PPUSM), dan juga sukan bola tampar antara pusat pengajian. Tahun 1982 (aku di Tahun 2),aku diamanahkan jawatan Naib Setiausaha PMIUSM, Pengerusi JK Penerbitan PPUSM, dan mewakili Pusat Pengajian (PP) Biologi dalam acara Pertandingan Permainan Bola Tampar antara PP. Banyak seminar, simposium, Bengkel, Kursus-kursus, yang aku terlibat sebagai Pengarah, SU, dan AJKnya.

Pameran dan Jualan Buku (PJB) anjuran Biro aku dalam PPUSM, merupakan yang pertama kali dianjurkan secara besar-besaran di kampus itu. Dari situ, setiap tahun PPUSM akan anjurkan PJB dengan meniru bulat-bulat surat-surat, dan format penganjuran yang aku mulakan. Aku tahu hal ini kerana semasa di tahun 3 atau 4, aku terlihat dengan mata kepalaku sendiri kertas kerja yang dihantarkan ke Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), "sebiji" ayat-ayat yang aku guna dahulu, tetapi diubah nama AJKnya sahaja. Mula tu berderau juga darahku, senang-senang je mereka menciplak sebiji-biji hasil pemikiran dan keringatku dulu,tanpa minta izin dariku, walhal aku BELUMpun grad lagi. Tetapi, bila difikirkan ini sebagai amal jariahku yang berterusan..."aahh biaq pi la kat depa, depa tak malu ciplak hak orang...asalkan jadi kebajikan, alhamdulillah".

Aku juga dilatih menjadi khatib Jumaat, oleh ustaz-ustaz di Unit Nasihat dan Bimbingan Islam (nama sebelum Pusat Islam kini), seperti Ustaz Yusof Mohd. Tahir, Ustaz Abd. Hamid Tahir, & Ustaz Abd. Wahab (imam masjid ketika itu). Aku pernah berkhutbah beberapa kali di depan Naib Canselor (Yg. Bhg. Tun Hamdan Sheikh Tahir), Dekan-dekan, Pensyarah-pensyarah, di surau Desasiswa Cahaya, sewaktu solat Jumaat diadakan di situ. Di Masjid Al-Malik Khalid, juga pernah sekali dua aku melontarkan suaraku membaca khutbah. Ini berlaku berterusan (setahun ada la 2 kali kena giliranku)selama aku di tahun 2 hingga ke Tahun Akhir. Ketika itu hanya 2 orang mahasiswa sahaja yang diberi peluang membaca khutbah, iaitu Saudara Abbas dan juga aku sendiri. Alhamdulillah, dengan pengalaman aku di USM inilah, aku juga berpeluang membaca khutbah di Masjid Daerah Ranau, Sabah, ketika aku bertugas di sekolah-sekolah di sana pada tahun 1984 hingga 1994. Tanpa keterbukaan fikiran Naib Canselor, TNC HEP (ketika itu Yg Bhg Dato' Amir Awang),ustaz-ustaz, maka sukar untuk pelajar-pelajar mendapat peluang seperti ini. Alhamdulillah dan terima kasih USM!

N/B: Adakah kini mahasiswa boleh dan diberi peluang berkhutbah di masjid-masjid di mana-mana IPTA, termasuk USM? Entah, akupun tak pasti...anybody can give response?

Ulasan

aliya berkata…
Salam,
Kalau USM Minden, bolehlah bertanya pada Ustaz Mohd Zamrus, Imam Besar Masjid Al-Malik Khalid yang beribu pejabat di Pusat Islam USM.

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi >< gelen="~30liter?"> Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, meng

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the machin

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj