Langkau ke kandungan utama

PETUA KECEMERLANGAN ANAK


Salam semua,

4hb Julai lepas, aku dijemput untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan sebuah sekolah rendah di kampungku. Alhamdulillah, jemputan ramai, penuh kantin - yang dijadikan dewan untuk majlis ini. Kasihan, telah hampir 40 tahun kami sekeluarga yang pernah berniaga di situ selama 4 tahun, keadaannya masih sama seperti dulu - tiada Dewan Besar untuk acara rasmi sekolah. Salah siapa? - Guru Besar (GB) tak mintakah, atau PIBG yang tiada inisiatif atau PPD dan JPN yang kurang ambil kisah sekolah di luar bandar?

Hari tu, kebetulan kakiku bengkak disebabkan gout. Aku jalan capek-capek. dalam hatiku tergetus: "Tak pa ka sakit-sakitpun datang nak rasmi juga? Tak dak orang lain ka?" Lantas aku telefon Guru Besar(GB)nya dahulu pagi tu.
Katanya " Tak pa Hj, kita-kita je, bukan ada orang lain." Lagipun itu kali pertama aku dijemput ke sekolah itu sebagai perasmi, dalam kampungku pula. Akupun pernah jadi AJK PIBG kurang lebih sepuluh tahun lalu...selama tempoh 2 tahun.

Aku silap timing, sampai terlewat 10 minit...ya kakiku sakit, jalan pelan-pelan (perlahan)(macam kata iklan radio dulu tentang kawan Aiman); bawa keretapun pelan juga, sebab kaki kanan yang bengkak tu, penekan pedal minyak. Alahai! Namun, bila sampai saja di pagar, aku lihat GB dan YDP serta AJK PIBG dah menunggu & terdapat 2 barisan murid-murid dengan kompang. "Alamak, ramainya...". Sebaik saja sampai, aku disambut mereka & dibawa melalui barisan kompang. Aduh, seram sejuk aku dibuatnya suasana sebegini.

Setelah ucapan GB & YDP PIBG, maka giliran aku beri sedikit ucapan (perkongsian tip-tip kecemerlangan anak-anak, kata GB) & seterusnya merasmikan majlis tersebut. Di antara tip yang aku ketengahkan ialah:

1. Anak-anak cemerlang disebabkan peranan 3 pihak utama: a) ibu bapa b) guru c) anak sendiri. Semua pihak perlu saling bekerjasama demi kejayaan generasi akan datang.

2. Konsep cemerlang dan soleh. Anak-anak mesti dididik agar cemerlang dalam semua aspek - akademik, kokurikulum & sahsiah/akhlak/perangai. Aku quote kata-kata YDP PIBG sebelum itu: " Anak2 mesti baik dalam akademik & baik juga dalam perangainya". Kita tidak mahu anak2 yang pandai tapi tidak tahu hormat ibu bapa, guru-guru & orang2 tua; anak2 yang dapat 5A tapi tak jaga solat 5 waktu sehari; tak tahu baca Al-Qur'an dan tiada disiplin diri. Mereka mungkin nampak berjaya di dunia tapi di Akhirat mereka kecundang. Jagalah anak2 agar jadi "anak yang soleh", supaya mereka dapat doakan kita bila kita mati nanti - satu daripada 3 perkara yang dapat melindungi kita di Akhirat kelak, selain "ilmu yang dipergunakan orang" dan "sedekah jariah". (menurut Hadis Nabi).

3. Tumpuan dalam kelas sangat penting. Tusyen tidak perlu jika P&P (pengajaran & pembelajaran) di kelas berkesan. Ini peranan guru-guru & seterusnya dipantau oleh para ibu bapa. Buat semua latihan yang diberikan guru. Bersedia dengan pelajaran akan daatng.

4. Ulangkaji selalu & buat kumpulan perbincangan (study group) dalam kalangan jiran-jiran atau kawan2 baik anak2 kita. Hujung2 minggu boleh dianjurkan & para ibu bapa dapat sediakn sedikit minuman ringan sebagai motivasi kepada mereka.

5. Learning by Doing. Kanak2 dapat merangkak kerana dilatih merangkak. Kanak2 pandai berjalan kerana diajar berjalan secara bertatih. Jadi, nak bagi pandai membaca- bacalah selalu. Nak pandai menulis - banyakkan latihan menulis. Nak bolehkan anak2 mengira, banyakkanlah latihan mengira. Suruh, tanya, ajak sama-sama berlatih di mana saja. Contohnya, nampak kereta, minta mereka kira hasiltambah nombor plat kereta; hasiltolak & juga pendaraban.

6. Motivasi & ganjaran. Ibu bapa dan guru perlu beri motivasi berterusan kepada anak2 dan murid2. Aku cerita bagaimana anak ke-6 aku dulu mendapat nombor 23 daripada 39 murid. Kemudiannya mendapat tempat ke-3 setelah aku mencabarnya & menjanjikannya basikal. Tetapi ini bukan generalisasi. Ada anak/murid yang sekadar nasihat sekali,terus menjadi. Ada murid/anak yang memang lewat perkembangannya (late beginners). Jadi, sesuaikanlah motivasi/ganjaran kita dengan personaliti murid/anak kita.


7. Doa dan zikir. Para waris perlu melatih anak2 dgn amalan sentiasa berdoa & berzikir sehari-harian. Begitu juga membaca Al-Quran di rumah. Ibu bapa sebagai contoh teladan. Bapa boleh jadi imam sewaktu solat Maghrib & Isyak. Lepas solat jemaah, zikir,doa', dan kemudian beri sedikit tazkirah - ingatkan tentang tuntutan agama, akhlak & harapan2 ibu bapa kepada mereka. Baca Al-Quran & latih hafaz, sekurang2nya ayat2 lazim (Surah Ad-Dhuha ke bawah),semasa tempoh antara waktu Maghrib ke Isyak. Ibu2 juga biasakan membaca Bismillah & selawat 3x dan ditiup ke minuman/makanan anak2 & suami; beserta doa2 yang baik2 - doa selamat, terang hati, murah rezeki & keberkatan.

Tip2 ini aku serapkan juga cerita2 lama semasa aku dibesarkan (ibu bapa aku memang dikenali semua hadirin- ibuku buta huruf - rujuk posting awal aku, & ayahku boleh jawi sahaja) dan juga bagaimana cabaran aku membesarkan 7 orang anak2ku. Jadi, kata-kataku bukanlah teori sahaja, tetapi turut serta dengan pengalaman praktikal sekali.

Moga ada manfaatnya kepada mereka yang mendengar. Lagipun aku lihat ramai hadirin adalah ibubapa2 yang masih muda, sekitar 30an...perjalanan yang jauh lagi. Sama2lah kita berkongsi ilmu & pengalaman. Sesungguhnya generasi dahulu (ibu bapa kita) telah makan garam dulu, dan kita pula hidup dalam zaman yang berbeza, jadi pandai2lah integrate & sinergize semua ini untuk panduan kita di masa depan. Namun, panduan utama kita masih tetap sama : Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai rujukan utama dulu, kini, hingga Hari Kiamat.


Nota: Gambar dari handset aku- GB sedang memberikan ucapan beliau.

Ulasan

'Abid Sakina berkata…
2 thumbs up abahnya~!ehe..
jaga pantang mkn tu..
"abah jalan lambat2~".."aiman kisah"..hehe

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...