Langkau ke kandungan utama

AKU, SMD DAN TAEKWONDO



Salam,
Aku menceburi Seni Bela/Mempertahankan Diri (SBD/SMD) Taekwondo semasa aku bertugas di Sabah negeri di bawah bayu. Aku belajar kira2 tahun 1986~87...setelah aku cuba cari/tubuhkan Silat Gayung (PSSGM) cawangan Sabah tidak berjaya. Tidak ramai yg aku dengar, ada sorang di Sandakan, & sorang di Tawau, juga kawan aku. Kedua2nya bengkung merah. Mungkin rasa susah, sebab jauh sgt antara satu dgn lain.(ya lah jauh nya antara 4jam-10 jam perjalanan kereta), wallahua'lam.


Ketika itu aku lihat, & teliti jurulatih TKD di daerah Ranau itu berperibadi baik, tidak sombong dan begitu rendah diri. Lagipun, kelabnya begitu aktif sekali, ada 4-5 kelab di daerah itu. Sebaik saja aku berjumpanya & menyatakan hasrat ingin "join", apa lg, dia terus mengalu-alukan aku, malah membuat kunjungan hormat ke rumahku (dalam kuarters guru). Setelah berkenalan dan bercerita sikit ttg TKD di Sabah, maka aku diterima dgn mengisi borang & membayar yuran keahlian. Examiner ketika itu ialah Mr. ? Liew - kini di Australia, buka gim sendiri & dengar berjaya sekali...kaya yo! (di sana yuran dikira jam bukan bulan spt di Malaysia).

Ringkas cerita, 3 kali aku dpt "double upgrading", mungkin sebab aku dah ada asas silat - Kuning, Hijau, dan Biru. Lepas tu, aku melanjutkan pelajaranku di UKM, buat Diploma Kaunseling. Lepas pulang setahun, aku sambung 1 thn - Biru 2, Merah 1. merah 2 & terus dpt Black Belt 1st dan, alhamdulillah.

Aku berpindah ke sekolah baru, & aku buka kedua2 aliran - Silat Gayung - aku ajar, dan TKD - jurulatih luar. Sambutannya baik & kami bergiat aktif bersama2 pelajar.

Yang bagusnya, ada kursus Black Belters setiap bulan. Ketua jurulatih kami ketika itu, sorang saudara Cina muslim - Mr Peter ?. Kami didedahkan dgn teknik2 baru, buat latihan "refreshing", dan berbincang teknik2 SMD. Kami jg diberi kursus referi. Alhamdulillah, kawan En. LH dan saya sempat dpt Referi Negeri pd tahun 1992, rasanya. Kami diberi latihan referi 3-4 kali sebelum aku buat keputusan utk pulang ke Semenanjung...

Pengajaran: TKD mempunyai ...



1. teknik yg ringkas ttp berkesan.
2. tendangannya bagus & bnyk membantu dlm SMD.
3. Rangkaiannya world-wide/global - senang nak sambung belajar/latihan.
4. peluang prospek masa depan yg cerah - jurulatih, coach, referi dll sampai peringkat antarabangsa/Olimpik jika mampu.

Ketemu lagi ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...