Langkau ke kandungan utama

Pelita Minyak Tanah


Salam,

Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi >< gelen="~30liter?">
Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini.

Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolahku. Cahayanya tidak terang, berbau busuk (minyak tanah...maklumlah) namun, dengan kemudahan itu sahajalah yang ada. Kami tak pernah komplen, terima sekadar apa yg ada ...
Kadang2 saja kami pasang lampu pam, tu pun dengan guna minyak tanah juga. Lampu pam ini dianggap lebih mewah, kerana harganya lebih mahal, dan lampunya lebih terang. Kami pasang bila ada kenduri, keramaian, berniaga laksa dan rojak buah dengan roda tiga (hawker) pada waktu malam, dan seumpamanya.

Begitulah kehidupan zaman dulu...susah, menyusahkan, tetapi kami bahagia masa tu. Pelajaranku dan adik beradikku juga tidak pula teruk dibanding dgn kawan2 lain yg dah ada bekalan elektrik. Pokoknya kami seronok dan dapat berjaya spt org lain juga.

Jadi, anak2 kini, jgn jadikan alasan pelajaran merosot disebabkan rumah yg sempit, kemudahan kurang, sebab kemiskinan dsb...itu semua alasan sahaja. Yg penting kita ada KEMAHUAN. Di mana ada KEMAHUAN, di situ ada jalan!

Apa lagi jika anda hidup dalam suasana penuh kemewahan, kesenangan, segalanya ada - elektrik - petik je, air - pusing je, komputer & sambungan internet di hujung jari, ibu bapa pula educated - leh tolong2 ajarkan/bimbing, tak banyak sedikitpun jadilah...Jadi mereka yang hidup dlm keadaan sebegini, carilah jalan utk buat yang terbaik. Fikirkan org2 yang lebih susah dan serba kekurangan, dari kita..jika mereka boleh berjaya, kenapa tidak kita? Tepuk dada, tanya iman! Berusahalah!




Ulasan

Tanpa Nama berkata…
aku masih ingat lagi, bila hari dah mula nak gelap, kami akan berkumpul adik beradik tunggu bapak pasang lampu gasolin. lampu ni byk gunanya.., kalau tak ada mancis tonggeng kan dan boleh cucuk rokok. bila nak tido pusing punat dia... gaspun keluar
Pak_Anjang berkata…
Tanpa Nama, ya..lampu gas ni pun ada zaman saya, tapi ayah saya guna untuk berniaga..basikal roda tiga, jual laksa Penang & rojak buah. Kadang2 abang saya & kadang2 saya kena ikut ayah berniaga. Kami pergi ke pesta2, atau di depan panggung wayang masa tu (sekarang dah tak ada dah), atau ke tempat bayaran gaji ladang getah pada 15hb & 30hb.
Masa kenduri atau keramaian juga ayah saya pasang..dia anggap mewah sikit lampu gas ni. Begitulah..zaman tu.

Catatan popular daripada blog ini

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the machin

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj