Langkau ke kandungan utama

KEBAHAGIAAN - SIRI 2


PESANAN DR. AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI:


"Bebaskanlah jiwa anda dari rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan dari hati anda."


Manusia mempunyai perasaan dan nafsu. Syaitan pula dijadikan Allah SWT sebagai musuh utama manusia. Syaitan akan gunakan nafsu manusia ini untuk mempengaruhinya membuat jahat, kemungkaran, kezaliman, kehancuran, kemusnahan, kucar kacir dan permusuhan. Maka antara penyakit jiwa manusia, timbullah rasa dengki dan iri hati sesama manusia. Dengki apabila melihat, mendengar dan mengetahui ada orang lain mendapat lebih dari kita - kuasa, pangkat, harta, keistimewaan, kelebihan dari kita. Iri hati kerana kita tak dapat atau tak sama dengan apa yg org lain dapat, biasanya yang kita dpt lebih kurang daripada org lain, ataupun kita tak dapat langsung. Perasaan meluap-luap timbul untuk ingin dapat sama atau lebih dari orang tersebut. Malah lebih jahat lagi, kalau boleh biar orang itu tidak dapat atau hilang kelebihan/keistimewaan darinya, dan kita pula yg memperolehinya.


Jadi, cara utk elakkan atau kurangkan sifat ini:

1. Ingatkan diri kita, rezeki di tangan Allah SWT. Allah SWT beri kepada siapa yang dikehendakiNya. Yakinlah juga bahawa Allah SWT MAha Pemurah lagi Maha Pengasih - Dia akan beri kepada semua makhlukNya. Perhatikanlah - ulat dalam batu boleh hidup! Beruang di Kutub Utara, yang amat sejuk itupun boleh hidup! Lihat juga burung2- keluar awal pagi mencari rezeki, tanpa ada makanan di sarangnya, tiada peti sejuk utk simpan makanan spt kita - kadang2 tu stok sehingga seminggu! - namun pulangnya burung itu ada saja habuannya dan anak-anaknya. Jadi siapa yg berinya rezeki? Berjuta2 haiwan dan organisme hidup di seluruh dunia dan alam semesta, siapa yang menyusun atur hidup mereka? memberi mereka rezeki saban hari & malam? Yakinlah, semua orang ada rezekinya, termasuk kita. Mungkin bahagiannya tak sama...bendanya tak sama...kadarnya berbeza...bentuknya juga berlainan. Jadi, jangan dengki/iri hati, orang dapat, kita juga dapat, insyaAllah. Fikirkanlah!


2. Mungkin usahanya lebih dari kita. Cuba gandakan usaha kita. Banyak kelemahan kita. Pendekatannya pula mungkin lebih baik dari kita. Mungkin kita lebih kasar tingkah laku atau percakapan kita, lebih teruk penampilan diri atau kurang menonjol perwatakan kita. Carilah ruang dan peluang untuk membaiki diri dan menambahbaik di bahagian yang kurang dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada. Teruskan dan berusahalah sentiasa. Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar di jalan yang benar.


3. Kata pepatah Melayu: " Berkawan biar seribu, jangan ada musuh, walaupun satu". Tidak ada untungnya jika kita brmusuh, tetapi jika berkawan, alahai banyak sekali faedahnya. Ke mana saja kita pergi, ada saja kenalan dan rakan yang boleh diajak bersembang dan berteman. Malah ramai yg akan menolong kita jika ada sebarang masalah atau nasib malang menimpa(barang dijauhkan Allah). Jadi, berkawanlah dan carilah peluang mendapat kawan baru.


Sebagai penutup, ingatlah:


LAGI PESANAN YG MULIA DR. AIDH:

" Maafkanlah org yg menzalimi anda, dan sambungkanlah tali silatur-rahim org yg memutuskannya dgn anda. Berilah org yg tidak pernah memberi kpd anda, dan berlembutlan terhadap org yg berbuat jahat kpd. anda. Jk anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan."

Kebahagiaan ada dalam diri kita, kita yang membinanya, dengan izin dan rahmatNya jua, amin.

*foto: terima kasih kepada jurufoto yang memuatnaik imej berkenaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj...