Entah kenapa aku meminati kumpulan busking ( makna di sini : http://www.thefreedictionary.com/busking) ini pertama kali aku dengar sewaktu rakan-rakanku menjemput mereka membuat persembahan di P. Pinang. Baru aku tahu mereka terdiri dari sekumpulan mereka yang istimewa (Orang Kurang Upaya/OKU), dengan masalah penglihatan. Dengan keistimewaan inilah membuat aku lebih prihatin dan minat dengan mereka...masyaAllah, jiwa seni mereka menyentuh jiwa-jiwa manusia lain. Latar belakang kumpulan: http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/siapa-caliph-buskers-1.53064 Mereka kemudiannya lebih menonjol ketika mereka menggantikan vokalis Mojo membawa lagu Romancita ketika Anugerah Juara Lagu (AJL#29) pada Januari 2015. Kebanyakan media sosial & akhbar menuji kehebatan mereka. Itu yang menjadikan aku lebih mengenali mereka. Contoh berita di sini: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ajl29-caliph-buskers-tawan-hati-penonton-1.351896 Pada Januari 2016, mereka mendap...
Salam semua, ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf. Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)". Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...