Langkau ke kandungan utama

Catatan

PETUA KECEMERLANGAN ANAK

Salam semua, 4hb Julai lepas, aku dijemput untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan sebuah sekolah rendah di kampungku. Alhamdulillah, jemputan ramai, penuh kantin - yang dijadikan dewan untuk majlis ini. Kasihan, telah hampir 40 tahun kami sekeluarga yang pernah berniaga di situ selama 4 tahun, keadaannya masih sama seperti dulu - tiada Dewan Besar untuk acara rasmi sekolah. Salah siapa? - Guru Besar (GB) tak mintakah, atau PIBG yang tiada inisiatif atau PPD dan JPN yang kurang ambil kisah sekolah di luar bandar? Hari tu, kebetulan kakiku bengkak disebabkan gout. Aku jalan capek-capek. dalam hatiku tergetus: "Tak pa ka sakit-sakitpun datang nak rasmi juga? Tak dak orang lain ka?" Lantas aku telefon Guru Besar(GB)nya dahulu pagi tu. Katanya " Tak pa Hj, kita-kita je, bukan ada orang lain." Lagipun itu kali pertama aku dijemput ke sekolah itu sebagai perasmi, dalam kampungku pula. Akupun pernah jadi AJK PIBG kurang lebih sepuluh tahun lalu...se...

Majlis Walimatul-'urus anak-anak kami kali pertama

Alhamdulillah, tanggal yang berdebar-debar 13hb Jun 2009 - kenduri kami berjalan dgn baik. Mulai dari jam 11.30 pg orang dah mula mai...sampai jam 6 petang lebih masih ada org..tp sayang jam 6 ptg caterer dah kemaskan semua makanan. Tinggal laksa & tek tarik sahaja yg kami buat...2-3 org akhir tu, terpaksa makan apa yg ada. Ada 2 orang mai rumah mak-ayah aku di belakang dewan tu lepas jam 6.30ptg...sembang-sembang sampai Maghrib. Pastu kami kemas2 barang, bahagi2kan bunga telur kat adik beradik & jiran2 yg banyak bantu buat bunga telur (2,000 biji) & beg hadiah (1,300 buah) 1-2 hari sebelum ni., bahagi2kan makanan yg tak habis...buka hadiah2 & kami rehat > Ramai kawan2 datang dari KL, Kelantan , Perlis , Perak & Kedah..selain sekitar PP & SP. Aku amat terharu dgn kawan2 jauh2 yg datang susah payah,habis wang ringgit, masa & tenaga just for the sake of visiting a friend's childrens' wedding. Aku mungkin tak ingat dan sukar menyenaraikan semua...

Musim kahwin

Salam, Ini coretan2 kami kpd grup e-mel keluarga besarku (diedit sedikit): 1. Along: Salam,Alhamdulillah, sebentar tadi (29hb Mei)Pak Su Chot dah selamat diijabkabul dengan pilihan hati, Mak Su Intan..Tetapi, sayangnya saya pun tak dpt tengok.. Komitmen kerja..So, lepas ni turn saya pada 31/5/09 (Sabtu) di Masjid Jawi, Nibong Tebal..Tepat jam 1.oopm dah kena ada kat Masjid..Solat Zohor dulu, baru majlis Akad berlangsung..So, doakan kelancaran semua dari awal hingga ke akhirnya..Jzkk~ Wassalam.. 2. Aku: Adikku akad nikah di Masjid daerah dgn kehadiran 3 kereta keluarga. Alhamdulillah, sekali lafaz sahaja, selesai.Lepas tu, kami dijemput makan bersama Tuk Kadi & Tuk Imam di rumah mertua adik. 3. Aku: Alhamdulillah, kelmarin (31 Mei) lepas zohor, di Masjid Jawi, Along pula telah selamat diijab-qabulkan dgn SJAR , org Kg Cxx, Nibung Tebal, Seb. Perai Selatan. Alhamdulillah along lafaz sekali saja...walaupun dia gabra seharian..dgn berkat solat hajat, selesailah dgn baik. Ramai yg iring...

HARI GURU 2009

Salam semua, Ya, hari ini hari utk aku & rakan2 seprofesionku rayakan...sebagai cikgu selama hampir 25 tahun, aku rasa teruja setiap kali Hari Guru dirayakan - sama ada peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah, Institut, sekolah atau sekadar dengar/lihat /baca di TV/radio/akhbar/majalah/laman sesawang/blogs. Tema tahun ini : "Guru Pembina Negara Bangsa". Huraian tema ini dapat dirujuk dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Ucapan Menteri Pelajaran dan juga Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Tema-tema tahun-tahun kebelakangan dapat dilihat di blog ini (dan blog/laman web lain juga)- http://blog.azhad.com/2009/05/tema-hari-guru.html Pagi tadi, di TV1 disiarkan secara langsung Hari Guru peringkat Kebangsaan di taman Tamadun Islam di Trengganu. Akhbar - aku nampak UM shj ada sisipan khas utk Hari Guru - TITIAN. Banyak juga maklumat di situ. Aku juga menerima banyak sms ucapan hari guru - sama ada bekas peserta kursus yang aku jadi fasi, guru pelatih, raka...

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

KENDURI ANAK-ANAKKU

Salam semua, Kurang lebih 2 bulan lagi 2 org anakku - Along & Angah- akan dinikahkan dgn pasangan masing2 & majlis walimatul-urus akan dilaksanakan pd 13hb Jun 2009 (Sabtu)...hai, sat saja no. Bagi keluargaku - Baitus-Salam - alhamdulillah,kami dah mesyuarat 2x. Aku dah minta Along tulis semua perancangan dlm Excel - buat senarai semak, siap dgn "Tindakan" nya(PIC=person-in-charge) sekali. Memanglah, banyaknya aku, isteriku & mereka berdua yg nak kahwinlah, siapa lagi ye tak?..ih3 tanya pulak. Keluarga besar aku pulak, baru mesyuarat kali pertama minggu lepas...Ayah, Mak, Pak Su, Pak Cik (sampai sebaik saja aku bagi salam menutup mesyuarat...he3, takpa lah, diapun ada mesy penting...), Mak Caq, aku, isteri & Along. Alhamdulillah, ada la 2-3 keputusan dibuat dgn jayanya. Caterer bagi jamuanpun, baru dibincang bersama taukehnya Isnin baru2 ni - seorang yg baik,understanding & banyak pengalaman katering yg besar2 & termasuk VVIP. Berita baru juga, adikku...

KEBAHAGIAAN - SIRI 2

PESANAN DR. AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI: "Bebaskanlah jiwa anda dari rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan dari hati anda." Manusia mempunyai perasaan dan nafsu. Syaitan pula dijadikan Allah SWT sebagai musuh utama manusia. Syaitan akan gunakan nafsu manusia ini untuk mempengaruhinya membuat jahat, kemungkaran, kezaliman, kehancuran, kemusnahan, kucar kacir dan permusuhan. Maka antara penyakit jiwa manusia, timbullah rasa dengki dan iri hati sesama manusia. Dengki apabila melihat, mendengar dan mengetahui ada orang lain mendapat lebih dari kita - kuasa, pangkat, harta, keistimewaan, kelebihan dari kita. Iri hati kerana kita tak dapat atau tak sama dengan apa yg org lain dapat, biasanya yang kita dpt lebih kurang daripada org lain, ataupun kita tak dapat langsung. Perasaan meluap-luap timbul untuk ingin dapat sama atau lebih dari orang tersebut. Malah lebih jahat lagi, kalau boleh biar orang itu tidak dapat atau hilang keleb...