Langkau ke kandungan utama

HARI GURU 2009

Salam semua,

Ya, hari ini hari utk aku & rakan2 seprofesionku rayakan...sebagai cikgu selama hampir 25 tahun, aku rasa teruja setiap kali Hari Guru dirayakan - sama ada peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah, Institut, sekolah atau sekadar dengar/lihat /baca di TV/radio/akhbar/majalah/laman sesawang/blogs.

Tema tahun ini : "Guru Pembina Negara Bangsa". Huraian tema ini dapat dirujuk dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Ucapan Menteri Pelajaran dan juga Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).
Tema-tema tahun-tahun kebelakangan dapat dilihat di blog ini (dan blog/laman web lain juga)- http://blog.azhad.com/2009/05/tema-hari-guru.html

Pagi tadi, di TV1 disiarkan secara langsung Hari Guru peringkat Kebangsaan di taman Tamadun Islam di Trengganu. Akhbar - aku nampak UM shj ada sisipan khas utk Hari Guru - TITIAN. Banyak juga maklumat di situ.

Aku juga menerima banyak sms ucapan hari guru - sama ada bekas peserta kursus yang aku jadi fasi, guru pelatih, rakan setugas, malah adik beradik aku...yg bangga aku jadi guru. Seronok dapat baca macam-macam kata-kata nasihat, kata hikmat, motivasi, bentuk penghargaan & juga kata-kata lucu.

Akhir kata, aku juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kpd semua guru di seluruh dunia, termasuk Malaysia, dari pra-sekolah/TADIKA hinggalah ke menara gading. Khasnya untuk guru-guru yang telah mengajar & mendidikku sejak sekolah rendah (masa tu aku tidak pergi TADIKA), madrasah, masjid-masjid, usrah-usrah, sekolah menengah, 3 buah universiti yang pernah aku tuntut ilmu, & semua kursus yang pernah aku hadiri di mana saja. Begitu juga yang telah meninggal, mahupun yang masih hidup. Tanpa mereka, siapa aku. Terima kasih cikgu!

Sajak guru dapat dilihat di sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

CALIPH BUSKERS

Entah kenapa aku meminati kumpulan busking ( makna di sini :  http://www.thefreedictionary.com/busking) ini pertama kali aku dengar sewaktu rakan-rakanku menjemput mereka membuat persembahan di P. Pinang. Baru aku tahu mereka terdiri dari sekumpulan mereka yang istimewa (Orang Kurang Upaya/OKU), dengan masalah penglihatan.  Dengan keistimewaan inilah membuat aku lebih prihatin dan minat dengan mereka...masyaAllah, jiwa seni mereka menyentuh jiwa-jiwa manusia lain. Latar belakang kumpulan: http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/siapa-caliph-buskers-1.53064 Mereka kemudiannya lebih menonjol ketika mereka menggantikan vokalis Mojo membawa lagu Romancita ketika Anugerah Juara Lagu (AJL#29) pada Januari 2015. Kebanyakan media sosial & akhbar menuji kehebatan mereka. Itu yang menjadikan aku lebih mengenali mereka.  Contoh berita di sini: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ajl29-caliph-buskers-tawan-hati-penonton-1.351896 Pada Januari 2016, mereka mendap...

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the mach...