Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 7, 2010

Aku alumni USM Penang

Salam, Aku menjejaki kaki ke menara gading buat pertama kali pada pertengahan tahun 1979 (?), di negeri kelahiranku sendiri, Pulau Pinang. Alhamdulillah, selepas Malaysian Certification of Education (MCE), aku dan kira-kira 100 orang lagi pelajar asal SMSPP dan juga beberapa orang dari SMS Kedah & juga SMS Perlis, dipanggil untuk mengikuti program Matrikulasi Sains USM. Kami "batch" kedua. Program ini setaraf HSC/STPM tetapi lebih menjurus ke arah pengajian kursus-kursus di USM. Matrik Peringkat 1 diadakan di sekolah dan Matrik peringkat II dibuat di kampus induknya di Minden, Penang. Selepas tamat matrik II, saya diterima ke kursus Sains dengan Pendidikan, major Biologi & minor Pengajian Islam. Tahun 1 aku kecundang 2-3 paper,maklumlah, tak pandai study macam "siswa". Namun, aku ambil paper yang gagal itu semula pada cuti panjang semester itu juga, untuk cuba membaiki nilai kredit terkumpul (CGPA). Bila dah Tahun 3 & 4, beberapa gred A mula kel

Aku dah jadi Tuk Wan...

Salam, Alhamdulillah, tanggal 8hb Mac 2010, jam 7 pagi lebih maka lahirlah seorang insan baru ke dunia, seorang putera, 3.60 kg ( > besar dari abahnya dulu, 3.36kg) ke dunia ini,di Hospital Teluk Intan, Perak. Bertambahlah tanggung jawab & amanah kepada abahnya. Abahnya, anak lelaki keduaku. Maka automatik aku dah jadi "tuk wan" (istilah orang Utara) dan isteriku "tuk" atau "mak tuk"(utk dengar lebih muda...he3). Petang itu juga kami bersama Along & isterinya yang juga sedang sarat (mungkin seminggu dua lagi...bertambahlah cucuku) bertolak ke Teluk Intan, selepas mohon pulang awal dari pejabat. Aku sedang sakit gout,namun terbayang-bayangkan cucu pertama ini, aku gagahi diri untuk pergi juga. Alhamdulillah Along dapat bersama jadi pemandu, dengan keretanya pula. Jika tidak agak sukar untuk aku memandu dengan jarak yang agak jauh dalam keadaanku yang tidak sihat. Semasa dalam perjalanan, kami mendapat maklumat, cucu kami dimasukkan ke ICU k