Salam,
Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi >< gelen="~30liter?">
Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolahku. Cahayanya tidak terang, berbau busuk (minyak tanah...maklumlah) namun, dengan kemudahan itu sahajalah yang ada. Kami tak pernah komplen, terima sekadar apa yg ada ...
Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini.
Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolahku. Cahayanya tidak terang, berbau busuk (minyak tanah...maklumlah) namun, dengan kemudahan itu sahajalah yang ada. Kami tak pernah komplen, terima sekadar apa yg ada ...
Kadang2 saja kami pasang lampu pam, tu pun dengan guna minyak tanah juga. Lampu pam ini dianggap lebih mewah, kerana harganya lebih mahal, dan lampunya lebih terang. Kami pasang bila ada kenduri, keramaian, berniaga laksa dan rojak buah dengan roda tiga (hawker) pada waktu malam, dan seumpamanya.
Begitulah kehidupan zaman dulu...susah, menyusahkan, tetapi kami bahagia masa tu. Pelajaranku dan adik beradikku juga tidak pula teruk dibanding dgn kawan2 lain yg dah ada bekalan elektrik. Pokoknya kami seronok dan dapat berjaya spt org lain juga.
Jadi, anak2 kini, jgn jadikan alasan pelajaran merosot disebabkan rumah yg sempit, kemudahan kurang, sebab kemiskinan dsb...itu semua alasan sahaja. Yg penting kita ada KEMAHUAN. Di mana ada KEMAHUAN, di situ ada jalan!
Apa lagi jika anda hidup dalam suasana penuh kemewahan, kesenangan, segalanya ada - elektrik - petik je, air - pusing je, komputer & sambungan internet di hujung jari, ibu bapa pula educated - leh tolong2 ajarkan/bimbing, tak banyak sedikitpun jadilah...Jadi mereka yang hidup dlm keadaan sebegini, carilah jalan utk buat yang terbaik. Fikirkan org2 yang lebih susah dan serba kekurangan, dari kita..jika mereka boleh berjaya, kenapa tidak kita? Tepuk dada, tanya iman! Berusahalah!

Ulasan
Masa kenduri atau keramaian juga ayah saya pasang..dia anggap mewah sikit lampu gas ni. Begitulah..zaman tu.